CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

blink blink

Wednesday, December 30, 2009

counting the day...

menunggu detik tibanya tahun baru...
moga terpadam segala memori.
hati ini sudah terlalu lelah dengan kenangan itu. tuhan!
berikan aku kekuatan.
moga ku temui sinar baru di bawah lindunganMu. amin....

Wednesday, December 23, 2009

semester baru

alhamdulillah..masih punya kesempatan meneruskan perjuangan.
kisah tertentu menjadi pembakar semangat agar diri terus berusaha hingga ke akhirnya...
pedulikan mereka yang selalu memperkecilkan ku.
hanya menunngu detik untuk bongkar segala-galanya.
moga segala-galanya dipermudahkan olehNYA.
AMINN.

Tuesday, November 10, 2009

im not strong

i'm not strong!
i'm weak!
god!
please help me!
please!

Saturday, November 7, 2009

sahabat..terima kasih untuk segala-galanya.

sahabat itu sudah bertolak pulang ke kampung...
sedih hati ini tidak dapat dibendung lagi.
terkilan rasa dihati kerna sem ini terlalu cepat meninggalkan realiti.
kami tidak sempat menghabiskan masa berdua.
kesibukan membataskan keakraban kami.
ya! kesibukan.
hanya berpeluang bertemu dan meluangkan masa ketika puasa lalu.
dan hari2 seterusnya kembali sibuk lagi.
dan..hari ini. dia sudah pulang.
sungguh!
air mata gugur lagi tika jari jemari laju menaip aksara menjadi madah luahan hati.
tuhan!
moga dia selamat pulang ke pangkuan keluarganya.
kamu!
terima kasih untuk segala-galanya.
sungguh!
bertuah punya sahabat seperti kamu.
untung ada sahabat seperti kamu.
andai kamu tiada disini.
aku tak tahu apa jadi padaku.
syukur kepada Ilahi kamu satu varsiti bersama-samaku.
alhamdulillah!!!
moga persahabatan yang terjalin sejak 2 tahun lalu kan terus mekar mewangi dalam redha Ilahi.
sayang kamu!!

='(

hampir tersungkur menyerah kalah!
tuhan!
berikan aku kekuatan!

Thursday, November 5, 2009

hey ladies-rossa


Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis


Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi


Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur



Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong



Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus



Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Tuesday, November 3, 2009

tahniah

Warna Kehidupan: Tuah novel Azizi

Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my


SAIFUDDIN (tengah) bergambar bersama pemenang Pertandingan Peringkat Akhir Akademi Sastera 2009 di Dewan Bahasa dan Pustaka, baru-baru ini.

Bantu kemenangan utama kepada dua peserta Akademi Sastera 2009

DUA novel Azizi Abdullah yang mendapat perhatian peserta Akademi Sastera 2009 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini, membawa tuah kepada mereka apabila masing-masing menggondol tempat pertama dan kedua pertandingan kritikan.

Juara Akademi Sastera 2009, Nur Fatiha Fadila Abu Bakar memilih novel Sangeetha dengan menggunakan Teori Psikoanalisis Lacan, manakala naib juara, Hasni Jamali pula memperkatakan Harga Sebuah Maruah dengan mengaplikasi Teori Hermeneutik.




Pembentangan lengkap dengan kertas kerja yang mantap melayakkan kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,500 berserta watikah penghargaan, hadiah buku dan hamper.

Hal ini ditegaskan Ketua Panel Hakim Akademi Sastera 2009, Prof Dr Mohamad Mokhtar Abu Hassan yang menyifatkan kedua-dua peserta menampilkan pembentangan yang baik apabila menguasai teori dan teks, sekali gus menunjukkan pembacaan pemenang yang luas.

"Peserta memperlihatkan keyakinan yang tinggi didorong oleh pemahaman terhadap teori dan teks berkenaan, sekali gus menyampaikan pembentangan dengan bersemangat," katanya yang dibantu panel hakim, Dr Mawar Shafei dan Dr Mohd Hanafi Ibrahim.
Nur Fatiha Fadila yang mewakili Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), berkata melalui Teori Psikologi Lacan, Sangeetha dilihat mempamerkan suka duka kehidupan warga tua dan kepincangan jiwa manusia lanjut usia yang ditimpa kesunyian.

"Teori Psikoanalisis Lacan dilihat sangat sesuai dalam meneliti konflik kejiwaan watak dalam novel ini kerana dengan mengaplikasi konsep imejan, simbol dan real Lacan, gelora kejiwaan watak dapat diketahui.

"Hal ini diketahui melalui penelitian terhadap bahasa yang digunakan watak dan perincian yang dilakukan oleh pengarang melalui teknik arus kesedaran," katanya ketika membentangkan Prahara Kejiwaan Dalam Sangeetha: Satu Kajian Kebahasaan.

Baginya Sangeetha bukanlah cerita cinta warga tua, tetapi cerita jiwa manusia yang menghadapi kesunyian sebagai teman hidup sehingga kesunyian serta kelohongan hidup membawa kepada pergolakan batin yang tidak diuruskan dengan baik.
"Gejolak narsisime, delusi kejar dan neurosis antara gejala kejiwaan yang terpancar melalui watak utamanya, Sangeetha dan kebijaksanaan pengarang menggabungkan tiga jalur plot berbeza, tetapi mengarah pada konflik jiwa serupa, menjadi mekanisme penulisan yang baik dalam memperlihatkan krisis psikologi watak.

"Meletakkan Derus sebagai medium perantara kenangan Sangeetha bersama Viralal ketika hidup dan selepas hayat Viralal, menarik ruang sunyi yang menghuni dunia pikun Sangeetha, manakala konsep kebahasaan dalam Psikoanalisis Lacan, pembaca dapat merasai emosi watak dalam kreatif Azizi lewat Sangeetha," katanya pada sesi yang dipengerusikan Ketua Bahagian Teori dan Kritikan DBP, Mohamad Daud Mohamad.

Peserta dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hasni Jamali, berkata Harga Sebuah Maruah ialah karya yang memaparkan perjuangan menuntut hak tanah sawah oleh petani yang bersungguh-sungguh mempertahankan pusaka milik mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa dan jiwa.

"Melalui Teori Hermeneutik, pembaca dapat meneliti makna sebenar yang ingin disampaikan oleh pengarang menerusi konsep biografi pengarang, makna teks dan konteks.

"Dari sudut biografi pengarang, latar belakang Azizi merungkai persoalan dalam ruang novel itu kepada pembaca apabila mendedahkan beliau lahir dan membesar dalam lingkungan masyarakat bersawah padi, sekali gus menjadikan novelis itu berjaya melukiskan latar sawah dengan jelas dan menarik," katanya ketika merincikan Mencari Makna Harga Sebuah Maruah: Analisis Hermeneutik.

Melalui makna teks pula, Hasni melihat dua aspek untuk menyampaikan interpretasi yang tepat, iaitu persekitaran pengarang yang mempengaruhi karyanya untuk berkembang, manakala luahan perasaan dan pandangannya memberi panduan kepada pembaca, memperhalusi naskhah itu.

"Hermeneutik memberi ruang kepada pengarang menyuarakan apa yang bersarang dalam diri, manakala makna konteks yang disampaikan melalui aspek fenomena sosial menjadikan novel itu sebagai karya yang memberi makna berdasarkan setiap yang dizahirkan pengarang.

"Kehidupan sebagai anak sawah yang mendasari fenomena di sekeliling Azizi memperlihatkan ciri karya ini dihasil dan pengalamannya menjadi tulang belakang dalam memandu pembaca untuk menilai makna sebenar karya ini," katanya.

Tempat ketiga Akademi Sastera 2009 dimenangi Nur Hafizah Mohd Rusli dari Universiti Malaya (UM) yang membawa pulang hadiah wang RM2,000, manakala pemenang sagu hati, Mohd Azrein Abbas (Universiti Pendidikan Sultan Idris)); Roziah Adama (Aswara) dan Zulfazlan Jumrah (UPM).

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada majlis yang turut dihadiri Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Anwar Ridhwan; Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz dan Ketua Bahagian Kesusasteraan Moden, Siti Aisah Murad.

Mentor Akademi Sastera 2009 yang dilantik pula ialah Dr Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Mohamad Saleeh Rahamad, Naffi Mat, Che Abdullah Che Ya, Abdul Halim Ali dan Azman Ismail, manakala pengkritik, Dr Norhayati Ab Rahman dan Mohamad Shahidan.

Monday, November 2, 2009

muhasabah

tuhan!
maafkan aku atas kelekaan ini.


tuhan!
berikan aku kesempatan...
untuk tebus segala-galanya.

adikku


esok...
adik ku yang seorang ini akan mula peperiksaan pertama
dia di varsiti.
mengambil jurusan diploma information n technology(IT)
di UNiKL kampus KL(jalan sultan sulaiman)...
jujur ku katakan...
saat dia mendaftar masuk ke varsiti...
hati ini terlalu risau...
tergodakah dia dengan budaya di varsiti?
macam2 ada.

masa hari pendaftaran..
ku lihat kebanyakan rakan2 nya lebih besar daripada dia.
senang cakap.
aku fikir mcm adik aku yang paling kecil dalam kalangan mereka.
hihihhihihi.
lalu risau dengan keadaan dia.
entah kenapa.
terbit dihati.
apakah adik aku akan dibuli?
aku risau.
kerna aku tahu.
adik aku jenis tidak melawan andai ada tidak puas hati.
dia malas mahu memanjangkan cerita.
aku takut andai dia terlalu banyak pendam perasaan.
terganggu pula jiwa dia.
hanya doa mampu ku titipkan buat dia.

adik ku tak pernah jauh daripada family.
sejak tadika sampai abes sekolah.
kalau ade aktiviti seperti camping pon.
xjauh dia pergi.
masih dalam selangor.
bila di masuk u...
tinggal di hostel.
aku terfikir.
mampukah dia hidup berdikari?
kenapa ku katakan begitu?
hihiihihi...
biar menjadi rahsia.

alhamdulillah.
setakat ini tiada apa2 masalah.
dia pun beritahu.
kawan2 dia semua ok.
ada yang sebaya denganku.
hahaahha.
ya. aku jumpa mereka tika menghantar adik ku ke hostel nya.
tak mengapa.
dia lelaki.
aku doakan dia akan menjadi lebih tegas dan berani.
mampu berdikari.

untuk adikku...
selamat menghadapi peperiksaan.
buat yang terbaik.
semoga berjaya
(^_^)

Friday, October 30, 2009

perjuangan di garisan permulaan...


salam ukhuwah...
besok subjek pertama rehan...
pengurusan persatuan.
sangat takut dan berdebar-debar...
baru selesai telefon mak n abah.
moga doa ibu bapa dan guru2 serta pensyarah2 mengiringi kita semua.

buat rakan2...
semoga berjaya..
ada sahabat berpesan :

"jangan jadikan diri terlalu tertekan kerna peperiksaan ini."
"peperiksaan bukanlah matlamat semata-mata..."
ilmu yang tersemat didada itu yang utama.(^_^)
semoga dapat menjawab exam dengan tenang dan jawablah dengan sebaik-baiknya.

Thursday, October 29, 2009

tika ini

trying to be more strong!!

Wednesday, October 28, 2009

rindu sahabat ini


gambar ketika dinner FEP SEM 2 2008/2009
rindu dengan sahabat ku ini...
kami berkawan sejak 2007...
sebelum STPM...
dia bersekolah di pahang...
aku pula diselangor...

ruang sosial maya friendster menjadi medan perhubungan...
kami memulakan ikatan persahabatan tika diri sibuk
mencari soalan2 STPM dari negeri lain...
rezeki kami sudah tertulis...
sambung pengajian di varsiti yang sama
walaupun berbeda program pengajian...

namun itu tidak menjadi masalah buat kami...
sem 1 n 2 2008/2009 tidak begitu ketara kesibukan...
kami sentiasa berdua ke mana2...
dan jujur ku katakan.
lebih ramai kawan2 FEP yg aku kenal berbanding fakulti sendiri.
heheehhe.
bak kata sahabatku...
murtad fakulti.
hik3x... ape2 je...

die sudah mula peperiksaan...
jadual peperiksaannya yang agak padat
menyebabkan aku tidak mahu menggangu dia...
biarlah dia study dengan tenang...
sem ini memang jarang bersama.
niat dihati tika baru membeli dgcam ari tu...
mahu bergambar sebanyak mungkin bersamanya.
namun, tiada rezeki.
sangat2 jarang berdua lagi.
tidak sekerap dulu.
 

rindu kenangan lalu sudah pasti.
tak mengapa.
moga persahabatan ini kekal abadi.
moga kita berdua berjaya nanti.
jaga diri.
sayang kamu...

terima kasih kerna selalu ada tika aku perlukan kamu.
(^_^)

medan perjuangan (^_^)


salam ukhuwah buat semua...
moga berjaya di dalam peperiksaan.

Tuesday, October 27, 2009

rindu

~~~rindu kamu~~~

Friday, October 23, 2009

salam ukhuwah

sudah lama rasanya tidak menjengah ke laman ini...
minggu ini sudah bermula minggu ulangkaji...
ah! sudah banyakkah yang diulangkaji?
tak mengapa...
belajar dan ulangkajilah selagi mampu...
insya allah...akan ada ganjaran untuk yang kita usahakan...


SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA!!!

Monday, October 19, 2009

salam dunia

selamat pagi

Saturday, October 17, 2009

iNsPiRaSi~~

mengulangkaji sambil mendengar bait2 lirik lagu pilihan sukma sungguh mengasyikkan~~
diri ini hanyut dibuai kenangan silam~~
moga hari2 mendatang tidak suram lagi~~
pergilah sepi~~
relakan hati ini untuk berdampingan bersama suria penyeri hati~~

MeGimBaU KeNnAnGaN~~

Aku ingin menjadi mimpi indah,

dalam tidurmu


Aku ingin menjadi sesuatu,

yang mungkin bisa kau rindu

Karena,

langkah merapuh,

tanpa dirimu


Oh karena,

hati telah letih


Aku ingin menjadi sesuatu,

yang selalu bisa kau sentuh


Aku ingin kau tahu bahawa ku,

selalu memujamu


Tanpamu sepinya waktu,

merantai hati


Oh bayangmu, seakan-akan


Kau seperti nyanyian dalam hatiku


yang memanggil,

rinduku,

padamu oo~…


Seperti udara yang ku hela kau selalu ada...



Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang


Tanpa dirimu aku merasa, hilang


dan sepi,

dan sepi


Selalu ada, kau selalu ada


Selalu ada, kau selalu ada


JaMuAn hArI RaYeR~~~SaStErA HiKaYaT



14 oktober 2009..
kelas terakhir SASTERA HIKAYAT..
apa yang istimewa. kelas ini diajar oleh pensyarah dari UPM...
puan hajah halimah hassan..
sangat seronok sepanjang kelas beliau..
kerna beliau mengajar umpama ibu mendidik anak-anaknya.
lembut sungguh tutur bicaranya.
namun dalam kelembutan itu, terselit juga ketegasan.

petang ini ada rumah terbuka dirumahnya..maaf puan.
rehan xdapat hadirkan diri.
ada kesulitan disini.
doakan kejayaan kami biarpun puan tidak lagi mengajar kami di semester hadapan.
doa kami..
moga puan sihat sejahtera dan bahagia sentiasa bersama-sama keluarga tercinta.
sampaikan salam untuk anak puan yg di UNITEN tu yee.
hehehehehehehe

Tuesday, October 13, 2009

DeRmA DaRaH~~




usai solat zohor, langkah diatur menuju ke kolej ungku omar..
hajat dihati mahu menderma darah...
hanya itu yang termampu...
moga sesiapa yang menerima darah ini dapat meneruskan hidupnya dengan izinNya...
amin.....

ditemani dua orang sahabat yang tak jemu melayan kerenah ku...
terima kasih utk sabrina n anis...
petang yang indah disulami gelak ketawa yang tiada henti...
heheheehhhehhe...

bukan mahu menunjuk...
cuma mahu berkongsi pengalaman...
baru 3x menderma...
macam biasa...darah dengan senangnya memenuhi bekas yang disediakan...
bak kata sahabat..'lajunya darah keluar'...
hehehehhehe...
kawan disebelah menderma terlebih dahulu...
tapi kami selesai bersama-sama...
hehehehe...
alhamdulillah...tiada masalah tika menderma darah...
yuk kawan2...
dermalah darah...

p/s=nak derma lemak tapi masih tidak ketemu kaunter yang disediakan..heehhhe

Monday, October 12, 2009

CaTuR BiStAri~~ 10 oktober 2009


sabtu lalu....
cabaran catur bistari IPT peringkat kebangsaan....
best sangat...
major ipt di malaysia datang...
sangat happening...
pada mulanya, rehan cuma jadi urusetia...
malam sabtu...
ada kawan ajak join jadi peserta..
ok! join je...
sangat haru biru...
semua berlumba2 untuk jadi winner...
yang penting...
silaturrahim yang terbina...
n kawan2 lain handle check in utk uitm melaka, shah alam, sarawak, n banyak lagi....
yang close uitm shah alam, sarawak n melaka sebab diorang semua naik bus ukm dr kptm bangi...
u lain ada bus sendiri...
b4 balik....
nekad bergambar dengan diorang...
sebab ini kenangan terindah...
bukan senang nak join event kebangsaan lagi2 rehan yang xberapa aktif nih...
mostly, gembira sangat dengan mereka...
sangat mesra...
hihihihihi....
kamu semua....
rehan adek kamu ye walaupun rehan comel daripada kamu semua...
heehhhe...
mereka semua keliru dengan status rehan...
student or lecturer..lallalalalalla....
maybe sebab mereka tengok size rehan kot...
hik3x...
watever...
yang penting...
ukhuwah yang terjalin moga kekal hingga akhirnya..
amin....

Wednesday, October 7, 2009

demam

demam belum kebah...
sesekali selsema menjengah.
aduh!!
seksa sungguh....

tidak sabar tunggu saat itu...

isnin lalu....
usai subuh, pulang ke rumah sebentar.
ada barang yang perlu diambil untuk pameran...

tika di rumah...
berborak2 bersama-sama mak n abah.
mak n abah tanya sama ada aku mahu sambung master
atau tidak selepas konvo nanti.
hati berbunga riang...

setahun setengah lagi untuk abeskan degree...
moga hati ini sentiasa berkobar2 untuk
menambah ilmu tak kira dalam bidang apa.

ku katakan kepada emak.
insya allah ada rezeki...
nak sambung...
lgpun tak tau nak buat apa sementara tunggu si dia abes blaja...
so,aku pk baik aku sambung blaja lagi...
hehehehhe.

terdetik di dalam hati...
akan ku kejar semula impian ku yang terkubur...
aku mahu belajar ilmu fotografi dan media...
moga emak tidak membantah lagi...
amin.....

Monday, October 5, 2009

pulang ke pangkuan bonda

usai subuh nanti...
mengatur langkah...
pulang ke pangkuan bonda tercinta...

Sunday, October 4, 2009

hari minggu


hari minggu yang sangat suram...
tanpa teman bicara...
lagu pilihan sukma sangat menyedihkan...
tak mengapa...
asal beban yang dipikul hilang bersama titisan mutiara jernih...

Saturday, October 3, 2009

melangkah pergi...

hati tak tenang disini...

lalu ku atur langkah...

pulang ke pangkuan bonda...

selamat tinggal....

wedding ceremony


7 syawal yang lalu...kawan aku kahwin...berubah sudah status dia. moga perkahwinan dia berkekalan hingga ke akhir hayat.

terkesan sebentar dengan pertanyaan rakanku.

ko bila nak kawin???asek tukar bf je???

lalu aku tanya pada diriku sendiri. ramai ke bf aku???? salah aku ke bila orang yang aku sayang tinggalkan aku??

apa perlu aku buat bila orang yang aku sayang buang aku daripada hidup orang?????

apa nak buat bila ada yang tersayang tapi macam tak de???

lelaki yang punya kaitan dengan ku pada masa lalu...

semua telah menamatkan zaman bujang mereka...

aku tak peduli. biarlah aku begini.

bukan aku memilih.

tapi aku tak tahu siapa mereka yang sebenarnya. wajarkah aku terima???

aku doa mereka2 semua bahagia dengan dunia mereka.

aku bahagia dengan diri aku ini.

coretan aku

semangat di penghujung semester semakin hilang...
jiwa semakin gundah...
kenapa???
aku sendiri tak punya jawapan...

hati yang sakit tak mampu diubati...
lalu aku punya cara...
bersendiri menyepikan diri...
moga derita ini pergi...

aku cuba untuk tabah...
aku cuba untuk gagah...
tapi aku kalah...

kalah dengan lumrah alam...
kalah dengan tingkah manusia...
yang aku sendiri tak mampu tuk fahami...

Thursday, October 1, 2009

terubat jua rindu ini...

lewat petang tadi....
bersama-sama iffa...
aku gagahkan diri menemui dia...
adik angkatku...
hehehehehhe.
bukan ehem2 ye....

hm.......
kali terakhir kami bertemu
sebelum cuti sekolah 2005...
masa aku tingkatan 5 di teknik shah alam.

lepas aku abis spm...
tak pernah bertemu...
hanya bertukar gambar di laman maya...

tapi....
awal pertemuan...
agak kecewa dengan reaksinya...
dia hanya menyalami aku tanpa berbual-bual...
aku keliru.

dia menjemput aku ke rumah sewanya...
ada makan2...
aku bersemangat bertemu dia.
tapi..kenapa reaksi nya sebegitu????

dah lama aku di rumahnya...
barulah dia mahu berbicara.
itu pun beberapa patah sahaja butir katanya...

ahhh!!!
usah peduli naluri ini.
doa saja yang baik2.
ihklaskah dia lagi setelah bertemu aku???
ada beberapa perkara membelenggu diri ini
lantaran sikapnya tadi...
sebak di hati ini semakin menjadi-jadi.

tuhan!!!!
tolonglah aku..
tenangkan hati ini...

Tuesday, September 29, 2009

10 syawal

salam lebaran buat semua...
rehan baru pulang ke ukm pukul 8 pagi tadi...
sangat awal kan..
hmm...

to all bloggers...
camne lebaran kali ini?
rehan syukur sangat...
biarpun dia tak datang berkunjung ke rumah...
namun ada seseorang yang datang mengubat sendu di hati...
thanks to him yang sudi dtg jauh2,penat2 baru abis keje then rushing dtg umah rehan...
thanks a lot...
u always in my heart even u r not my first love...

untuk kamu=salam lebaran...
maaf andai hati kamu terluka lantaran keputusan yang aku buat..
maafkan aku...
moga kau bahagia sentiasa..
moga kau sentiasa menjadi yang terbaik...
kamu tetap di hati aku sampai akhir hayat...
kenangan kau dan aku telah ku pahat kukuh di dalam hati ini...
love u forever...

untuk dia...
terima kasih untuk segala-galanya...
kamu sudah punya teman...
maka tercipta sudah batasan antara kita...
namun, terima kasih ku ucapkan kerna kau masih seperti dulu...
seperti 7 tahun yang lalu...
mungkin sudah tersurat kita hanya sebagai sahabat...
aku lebih suka begitu...

untuk cinta...
terima kasih kerna terima diri aku seadanya...
moga setiap apa yang terucap akan dikotakan...
rindu kamu selalu...
tiada rezeki untuk bertemu di syawal ini...
insya allah..jika diizinkan tuhan...
kita akan bertemu juga...
berdoa saja...
sayang kamu seperti mana kamu sayang aku...
moga hubungan ini diredhai Ilahi..
aminnnnnn...

Friday, September 18, 2009

andai syawal

andai syawal ini seperti syawal yang lalu...
ku tetap setia menanti dirimu...
andai syawal ini seperti syawal yang lalu...
ku masih punya harapan untukmu...
andai syawal ini seperti syawal yang lalu...
takkan pernah aku buat keputusan itu...
andai syawal ini seperti syawal yang lalu...
ku tetap bersama dirimu setiap waktu...
namun,syawal ini bukan seperti syawal yang lalu,
syawal ini bakal mengajar aku erti rindu,
syawal ini bakal mengundang sayu di hati aku...
syawal ini tiada seri tanpamu...
ketidaksempurnaan dirimu menjadi pelengkap diri aku...
syawal ini akan ku tempuhi sendiri...
bersama kenangan yang abadi...
andai ada keajaiban terjadi...
aku takkan ulangi kekhilafan aku lagi...
andai masih ada sayang dihati...
izinkan aku setia disisi...

andai syawal 2

namun,aku tahu...
semua itu takkan berlaku..
kau telah pergi...
menghadap Ilahi..
hanya doa tulus suci mampu ku kirimi...
moga kau tenang di sana nanti...
maafkan aku andai aku tak sempurna buatmu...
ku kan coba melangkah gagah...
biarpun kau tiada lagi...
ku kan terus melangkah...
mengharungi hari-hari sepi...
ku takkan bisa melupakan dikau...
aku akan bangkit demi kenangan lalu...
kenangan itu melemahkan aku...
kenangan itu menyeksa aku...
namun,kenangan itu menyedarkan aku...
betapa aku merindui kamu...


al-fatihah....

bicara air mata

sukar ku tafsir rasa tika ini....
rindu pada dia tidak terbendung lagi...
doaku...
moga syawal ini...
seperti syawal yang lalu...
biarpun kau telah pergi meninggalkan aku...

ramadhan 28

awal pagi ditemani alunan lagu ruth sahanaya
KAULAH SEGALANYA
terkesan seketika...
lalu gugurlah airmata...
bait-bait lirik....
Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat-saat ini
Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya
Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang
Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya
Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Wednesday, September 16, 2009

salam lebaran

ramadhan hampir melabuhkan tirai...
syawal bakal menyapa...
sayu hati ini tanpa dia disisi...
kenapa terlalu sukar untuk aku lupakan kenangan aku???
aku tak punya kekuatan lagi...
aku tak sanggup tersungkur di medan hati ini..
aku tak mahu terluka lagi...

andai syawal ini seperti syawal yang lalu...
ku punya harapan...
kau akan kembali kepada aku...

andai syawal ini seperti syawal yang lalu...
aku tetap setia menanti dikau menemui aku...

tapi...
syawal bakal menjelma bukan
syawal yang lalu...

syawal ini membuatkan aku dirundung sayu....
betapa aku merindu kamu...

biarlah aku dalam dunia aku...
aku kuat bersama kenangan kamu...
aku gagahkan diri...
mengorak langkah sendiri...
cinta kau tetap di hati...
sampai akhir nanti...

salam ramadhan 26...

sudah lama tidak update blog..
ada masalah dengan blog ini...
salam lebaran buat semua..
ampun maaf dipinta...

Wednesday, September 9, 2009

salam ukhuwah...

dah lama xupdate blog gara2 FB..hehehhe.
kuiz2 FB agak berkesan untuk hilangkan stress..tadi ada kelas
sampai kol 10..tibe2 panas ati ngan seseorang..gigih g lab fssk nih..huhuhu.
online..huk3x. moga ati ini tenang...

Wednesday, September 2, 2009

ada apa dengan cinta

Satu masa telah terlewati
Benci dan rindu merasuk di kalbu
Ada apa dengan cintaku
Sulit untuk aku ungkap semua
Jangan pernah bibir tertutup
Bicarakan semua yang kau rasakan
Cinta itu kita yang rasa
Bila sengsara hati kan merana
Wahai pujangga cinta
Biar membelai indah
Telaga di kalbuku
Jujurlah pada hatimu
Ada apa dengan cinta
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah
Andai bumi terbelah dua
Biar kita tetap saling berpeluk

harapan ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

ramadhan yang ke-12

salam ukhuwah buat semua...hari ni rehan post kt fssk...tak pernah pulak lepak lama2 kt cini...sebab selalunyer pas kelas..lari laju2 balik ke bilik...heeeeeeee.... hari ni ada appoinment ngan mr.adib@ydp pmfssk.. ngah tunggu kul 12pm..huhu...lama lagi la... nak g lib lagi... ada esaimen 30 pages, 20 pages. kene anta sebelum rayer..satu pe xbuat lg sebab asek ase nak tukar tajuk jew..hik3x. sengal la rehan nih. cube tetapkan pendirian tu sikit..huhu..hmmm...ada cerpen perlu dibuat. minimum 6 pages..huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. k la...nak wat kije...cuci mata. ngeh3x..

Thursday, August 27, 2009

6 ramadhan...

alhamdulillah...
masih punya peluang merasai nikmat ramadhan.
teringat lagu ni....
'ku mengharapkan ramadhan kali ini
penuh makna...
agar dapat ku lalui dengan sempurna.....'
moga ramadhan kali ini lebih baik hendaknya...amin.

Wednesday, August 26, 2009

andainya aku pergi dulu

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu
Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa
Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah
Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Wednesday, August 19, 2009

sunyi...

sunyi!!!!!!!!!!!
kosong!!!!!!!!!!
aku mahu pulang!!!!
tiada apa lagi disini!
biarlah aku bersendiri!

Tuesday, August 18, 2009

pergilah kasih....

putus sudah kah kasih ini?
aku tidak mampu berfikir lagi...
putus sudah kah hubungan ini?
aku tak bisa untuk kecewa lagi...
biarlah...
biarlah aku melangkah sendiri...
mengorak langkah menempuh onak duka...
ku titipkan lagu kasih...
buat kau yang dikasihi...
moga kau tahu apa yang tersimpan dihati ini...
jangan ada benci dipenghujung hayat nanti...
kasih...
pergilah kau dari sisi...
aku tak bisa lagi mencari...
kasih mu yang ku rindui...
aku tak mampu lagi menanti kau hadir dalam fantasi...
pergilah kasih...
akan ku kuatkan hati...
akan ku tabahkan diri...
meniti liku-liku ini sendiri...
ku doa kau temui pengganti...
yang kau impi...
andai tertutup mataku nanti...
moga kau tahu...
sayang ku tak pernah mati...
kau yang pertama dan terakhir dihati ini.

kepulangan

jam 9.30pm tadi...baru sampai.
penat!
huhuhu.
alhamdulillah...'tenang bartaut dihati tatkala menghabiskan masa dirumah...
minggu ni balik lg...
aku tak mahu berada di sini lama2..
rimas!
lemas!
huhuhu.
tiada apa lagi di sini...

Friday, August 14, 2009

kisah kini...

ku atur langkah...
melangkah gagah tanpa arah...
aku pasrah...

ku tekadkan niat di hati...
pulang ke pangkuan bonda yang setia menanti...
ku tak mahu lagi berada disini...
aku sunyi...

gugurlah air mata...
moga gugur bersama semua derita...
aku rela...

andai aku dipanggil Ilahi...
kirimkan aku titipan doa kalimah suci...
moga aku tenang di sana nanti...

aku lemah tanpa kamu...
tak sempurna diri ini seperti selalu...
aku rindu kamu...
wahai SAHABATKU...

siapa yang rampas cintamu...

Harapan hatiku ingin hidup bahagia
Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka
Baru ku cuba nak bercinta lalu engkau pun buat angkara
Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa

Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan
Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya
Retak akhirnya kasih kita tanpa ku tahu apa punca
Mudah benar kau mematah dahan asmara

Sampai bila harus diri ku begini... oh kekasih
Sampai bila mesti kau dera hatiku
Dimanakah janjimu yang kau tabur dulu
Sebelum kuserahkan cinta
Betapa... hancurnya hatiku

Siapa yang ganggu hatimu
Siapa yang rampas cintamu
Katakan padaku biarlah jelas segalanya
Siapa yang sedang kau sayang
Siapa yang sedang kau buru
Berterus teranglah dari kau terus menyiksaku

Thursday, August 13, 2009

celaru + keliru=terpaku

beberapa hari ni...
agak menyesakkan...
argghhhh!
persetankan semua!
aku tetap kan melangkah gagah...
aku takkan mengalah!

Tuesday, August 11, 2009

kosong

0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0


Sunday, August 9, 2009

last minute

serabai!!!!
esaimen x ciap lg...
besok submit!!!
arggghhhhh!!!!

JaNji MaNisMU

Oh dunia ini

Penuh kepalsuan

Oh mungkinkah tiada

Keikhlasan

Apakah ini

Suatu pembalasan

Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang

Kembara jalanan

Terumbang ambing

Di lautan gelora

Mencari kebahagiaan

Dahan untuk menumpang kasih

Mungkinkah suratan

Hidup kan selalu keseorangan

Hati membeku mengingatkan

Kata janji manismu... oh...

Ku dilambung angan-angan

Belaian kasih sayang suci darimu

Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang

Ucapan cinta menghiris kalbu

Ku kan pergi membawa diri

Cinta di hati terkubur lagi

Tidak ku fahami

Mengapa terjadi

Peristiwa pahit mengguris hati

Jalanan hidup ini

Sudah tertulis

Kutempuhi dengan kesabaran

Kusedar kebesaranMu Tuhan...


episod cinta....

ngah wat esaimen...
layan lagu...
tetibe ada lagu boboy...
layan jap...hik3x.


Mengapa ada dusta
Tika cinta melanda sukma
Tika setia diombak resah
Masihkah ada bahagia

Mengapa ada dia
Tika rindu padamu saja
Tika restu untukmu jua
Akhirnya aku yang merana

Mengapakah aku diluka
Derita kerana sebuah cinta
Yang sekian lama kita bina
Inikah sumpah setiamu
Terhadapku setia selalu
Ke akhir hayatmu
Ternyata palsu

Kuterima semua ini
Sudah kehendak takdir Ilahi
Berakhirlah semua kini
Episod cinta ini...
Menjadi sebuah memori

Dan jangan ada benci
Tika kesal menggamit hati
Tika segan menyentuh jiwa
Anggaplah lumrah dunia

mahu berehat...

ase penat...
nak rest...
mahu biarkan blog bersawang...
mampu kew???
no one care about me??? really???
hmmmmm...
juz wanna be myself..
try to be more indipendent 'btol kew eja' girl....
try to solve my probs 'sorang2'...
tamau luah perasaan kt sape2 dah...
stoppp!!!!
enuf!!!!!!
i'm tired wif all this drama.
huh!!!!
g.t.t.h!

MySpace

sakit pewot...

sangat tak best ari nih...
dilanda cirit birit...
huhuhuhu....
ape ubat?
teh pahit aku dah telan...
lg?
ada ubat x?

MySpace

Friday, August 7, 2009

jumaat ( 4.30 am)

huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
ngantok nyer...
apakan daya...assigment lagi penting.
nak bg lect semak.
huhuhu.
lect nih dr upm. so jumpe time tutor
n kuliah jek...xbnyk masa nak jumpe die.
dapat assgmnt ni pon 15 julai 2009.
kene submit 12 ogos 2009...

keje berkumpulan. 4 orang.
wat analisis 11 hikayat...
huhuhuhuhu.
aku kene buat 2 hikayat.
serabai dah otak aku...
mata dah xde rupa mata dah...
ngantokkkkkkk....

MySpace

k la...sambung wat kije lek.papai

pelik...

salam bloggers...
MySpace

mau update lain cikit...
hehehhhe.
manyak kije sikalang...
shangat penat...
huhuhu.

rindu kawan sorang tu...
xselalu jumpe pon sem ni...
nmpk mcm die ngan life die...
i ngan life i...
xpelah...
xkecah...
wanna say...
mish u a lot....mmmmmuahx!
MySpace


Thursday, August 6, 2009

Ku iMpiKaN...


mau ini...huk3x...
tiada kije..
saya edit pic...
hhehehhe.
k..sambung wat asgmnt..daaaa

Tuesday, August 4, 2009

mimpi itu bertamu lagi...

aku mimpi lagi...
tentang dia...
tuhan!
bantu hambaMu ini...

aku lelah dengan semua ini...
kenapa dia yang aku rindu???
mengapa sekarang???

ahhh!
itu mainan mimpi cuma...
bisikan syaitan yang mahu memesongkan aku...

untuk kamu...
aku tetap sayang kamu hingga akhirnya...
aku doakan kamu bahagia tanpa diri ini...
carilah kebahagiaan kamu yang sebenar...
maafkan aku andai kerna aku impian kita bersama terkubur begitu saja...

ya allah!
andai tersurat jodohku dengan dia...
dekatkan aku dengan dia...
jangan kau pisahkan kami lagi ya allah...
jika bukan dia jodohku...
jauhkan kami ya allah...
jangan biarkan rindu ini meresahkan diri...
jangan biarkan sayang ini bercambah lagi...

ku terima ketentuan mu ya allah...

Monday, August 3, 2009

petua oh petua!!

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali anda perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.

Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

p/s-untuk maklumat lanjut...g kt www.tentangcinta.com