CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

blink blink

Wednesday, June 22, 2011

tiap purnama

jun. hari bapa.
julai. hari lahir abah.
tahun ini dan tahun-tahun akan datang.
cuma mampu titipkan doa untuk
semua hari yang istimewa.
hari-hari yang penuh dengan keindahan tinggal kenangan.

Monday, June 13, 2011

praktikal

minggu ketujuh. semoga dipermudahkan urusan. semoga dapat menamatkan latihan industri dengan jayanya. semoga dapat konvo september ini. amin.

Thursday, June 2, 2011

nikmat

bila allah tarik satu nikmat yang dipinjamkanNYA selama hampir 23 tahun....
doa dari hati. semoga tabah menghadapi hari-hari mendatang. amin.
ya allah! hanya MU yang mengetahui segala yang terbaik buat ku. kuatkan semangat ku. tabahkan hati ku ya allah. moga pelangi ceria menjadi milikku semula. amin.

Thursday, May 19, 2011

mei

rindu abah.

Friday, May 6, 2011

latihan industri

syukur alhamdulillah. semoga urusan latihan industri dipermudahkan dan dapat status graduat september ini. amin.

nota akhir~~ memang stress tiap kali balik. kena berebut masuk tren. anda sopan santun, anda kena tinggal tren. mueheheheheehehhe. tapi dha berebut pun. kena tinggal gak. tren dah penuh tahap melampau. wuwuwuwuwuw~~

Friday, April 22, 2011

pagi

pagi 22 april 2011.
terasa rindu sangat.
kat abah dah tentulah.
kat mak.
dah janji nak balik.
asek tak jadi je.
yang ni.
memang x boleh balik.
edit + edit + edit
sampai hari rabu.
baru lepas untuk dijilid.
kalau kt rumah.
tak terbuat kerja ni.
takpelah.
seminggu je lagi.
nanti balik.
boleh tengok mak lama2.
nanti dah praktikal.
dok umah.
dengan mak 24jam.


syukur alhamdulillah.
penghujung ini semakin dipermudahkan.
alhamdulillah.
punya guru yang menyokong, terus memberi semangat.
terima kasih dr.
alhamdulillah.
punya kawan-kawan yang terus menyokong.


semoga dapat tamatkan pengajian dengan sebaiknya.
amin.
semoga dapat konvo tahun ni.
amin.


memang bersemangat sekarang ni.
lagi2 bila orang dah tanya.
bila konvo.
insya allah jika diizinkan tuhan,
akan konvo september 2011.


tesisssssssssss........sikit je lagi rehan.
chaiyokkkkkkkkkkkkk!!!!!!

Thursday, April 21, 2011

hadiah

sekarang ni semua orang tengah seronok bergaya dengan tesis masing-masing. tahniah kawan-kawan. saya tunggu giliran je. semoga dipermudahkan segala urusan. tesis tu hadiah untuk semua orang yang menyokong saya, memberikan saya semangat agar saya bangkit kembali. walaupun luaran saya nampak ok. hakikatnya. jiwa saya. macam orang putus cinta. mengharap sangat-sangat. tapi yang terjadi bukan seperti yang diharapkan. ~~tapi ni bukan pasal putus cinta dengan kekasih hati. ni putus sudah ikatan kasih sayang dengan arwah~~ perumpamaan nya macam tu la. jatuh. terduduk. tergolek. tertiarap. ha~~macam-macam perumpamaan. ehehhe.


alhamdulillah. semoga kami semua makin tabah meneruskan kehidupan tanpa abah. hajat nak bawak abah datang ke ukm dengan kereta saya sendiri tak kesampaian. abah datang ukm tak lebih 5 kali. 3 kali barangkali. pertama kali, masa hari pendaftaran. kali kedua. abah ngan mak datang melawat kononnya, padahal rumah dekat je. ehehehhe. biasa la. anak dara sorang je. rindu la jadinya. ehehehee.


kali ketiga abah ngan mak datang. tapi kt ktm je. masa tu ade kedai makan..makan kt situ. abah anta rice cooker. sebenarnya mmg nak tinggal je rice cooker tu kt rumah. tapi abah hantar balik. uhhuhuhu. terharu. kesian tengok abah naik tangga kt ktm. kt rawang pun ade kena naik tangga. biasa la orang tua. semput + tak larat. sebab tu saya cakap kt abah. xyah datang ukm. biar saya yang balik selalu.


sebab tu janji dalam hati nak bawak abah datang ukm lagi masa saya konvo. insya allah dengan kete saya sendiri ke kan. tapi rencana DIA sudah tertulis. hajat saya terhenti setakat ni je. memang bersemangat nak konvo sebab nak bagi mak n abah merasa tengok anak die naik pentas + amik skrol.


dulu masa abang konvo. mak n abah tak dapat g. bajet tak cukup. jauh nun di utm skudai. abang saya belajar kt utm jalan semarak, kl. konvo kt main campus, skudai. masa angah konvo pun. tak dapat tengok. jadi, tinggal saya jelah. adik saya lambat lagi. tak pelah. mak ada. walaupun nanti abah xde dalam gambar konvo, tapi abah dalam hati saya untuk selamanya. adik rindu abah sangat2. ~_~


kena kuatkan semangat sampai tesis selesai dijilid. nak balik. tunjuk kt mak. alhamdullilah. saya yang pertama akan dapat degree dalam adik beradik saya. abang-abang saya lepas diploma. diorang kerja. yang sorang baru je sambung degree PJJ uitm. tapi sekarang extend satu sem sama dengan wife sebab nak jaga baby diorang..


yang penting sekarang.


EDIT + EDIT + EDIT = JILID.


heheehehehe. aminnnnnn.


walaupun tak berapa bagus untuk degree ni. tak pelah. nanti master, usaha kuat2 lagi. ^_^


MySpace



Thursday, April 14, 2011

7 april

7 April 1978 - 7 April 2011.
genap 33 tahun usia perkahwinan mak n arwah abah.
tapi hanya sempat bersama selama 32 tahun 10 bulan.
arwah pergi 2 bulan sebelum ulang tahun perkahwinan ke 33.
mahu jadi seperti mak n arwah abah.
cinta mereka tetap mekar sehingga ke akhir hayat.
arwah pergi dengan tenang.
mak setia di sisinya.
semoga dicucuri rahmat ke atas arwah.
semoga arwah abah tenang di sana.
amin.

--abah....adik rindu abah =(


MySpace

Tuesday, April 12, 2011

dua hari

pengalaman dua hari teman mak jaga amani amat berharga.
patutnya nak balik pagi isnin.
tapi dah seronok main2 ngan amani.
malas nak balik.
cakap kt mak.
balik selasa pagi la.
dari pagi, ke tengahari hingga ke petang.
tak balik2 lagi.
akhirnya, gagahkan diri pulang ke ukm lewat petang.

agak mencabar. sebab amani tak biasa ngan kami lagi.
umur 3 bulan.
mata dia dah cerah.
dah boleh lihat n kenal semua orang barangkali.
jadi, dia tengok orang lain je yang ada.
ibu dia xde.
tu dia moody je. hik3x.
ayah n ibu die pun tak senang hati kot kt tempat keje.
ingatkan anak diorang.
besok, mak jaga amani sorang2.
harap2 semakin mudah.
semoga amani semakin selesa dengan neneknya.
amin.

pertama kali jaga budak.
memang banyak pengalaman n perkara dapat dipelajari.
sebab tu sampai ada ibu berhenti kerja sebab nak asuh anak.
mencabar sebenarnya nak serahkan kat orang lain utk jaga anak kita.
tak mustahillah sampai terjadi kes bayi tercekik susu la, fish ball la.
bayi jatuh n lain2 berita menyayat hati macam tu.
memang perlukan kesabaran yang tinggi.
sebab jaga anak orang tak sama dengan jaga anak sendiri.

semoga amani membesar dengan sihat dan cerdas. sayang amani!! muah.

--memang suka sakat amani. 'eee...amani ni nangis je. alu la dek. hari2 nangis'. dah dengar acik die cakap camtu. amani mulakan sesi kerutan kening dan dahi, gerakan bibirnya dan mula la alunan menangis. ehehhe. yang penting. siap jeling mkcik die. hihihhii. muahhh!!!!


MySpace

Friday, April 8, 2011

amani batrisyia

hmmm...pelik la. blog ni xleh upload gmbr macam biasa.
nape ntah. huhuhhuhu.
ni guna image URL. ~_~


gambar amani yang terbaru.
lepas majlis hari tu.
hihhihihi.
rambut die dah xde.

ni masa amani kt kuantan.
amboiiii...
sukenyer dia.
gigi yilek lagi ye dik.
ehehehehhe.


alolololo....
tomeynye cekak rambut die.
acik pinjam leh?

ha.....
nak tengok rambut die sebenarnya macam mane?
tu dia.
panjang nye.
ada kawan kak aida tanya.
laki ke.
heheheehe.
pompuan.
rambut je lain fesyen.
bila dah mandi.
sama je macam tu.
x boleh nak sikat bagi melepek pun.
ahahahha.
sayang amani.
muahhh!!!!!

Tuesday, April 5, 2011

doaku

semoga dipermudahkan segala urusan.
tuhan!!
titipkan aku kekuatan demi pengakhiran sebuah perjuangan.
agar dapat ku hadiahkan kejayaan
buat mereka yang sekian lama menantikan.
amin.

Monday, April 4, 2011

birokrasi

penat.
melayan kerenah birokrasi.
mula-mula cakap macam ni.
dah lama lepas tu.
cakap macam ni.
mula-mula kena isi borang macam ni.
lepas tu kena isi borang macam tu.
dah siap tanya.
ada apa2 yang diperlukan kah?
yakin je pegawai tu cakap tak da.
tapi akhirnya.
jadi macam ni.
kenapa?
sebab kami buka golongan .....????????????
entah lah.
biarlah susah dengan penyakit ni.
daripada ke hulu ke hilir minta bantuan.
agaknya nanti dah kronik.
baru terhegeh-hegeh nak sampaikan bantuan kan?
dah masuk TV.
baru nak sibuk2 buat kenyataan.
'dalam usaha menyalurkan bantuan' dan lain2 kenyataan yang selalu didengar.
WTF!!!!!!

p/s--kalau saya salah. tak mengapa lah. tapi kalau betul pengisian borang tu. tapi masih jadi begini. jujur dari hati. terlalu penat dengan situasi macam ni. GTH!!!!!!


MySpace

tiada kaitan antara yang hidup atau mati. hanya luahan hati penulis. sebarang kebetulan tidak disengajakan.
entri ini dan entri2 lain merupakan hakmilik penulis.
terima kasih.

Friday, April 1, 2011

tersenyum membaca

jalan-jalan di blog-blog lain.
terjumpa satu entri.
ada pula ayat macam ni.

Duduk serumah tapi tiada kebebasan untuk kentut merata-rata adalah satu bentuk penyeksaan mental -cursingmalay.blogspot-

penyeksaan mental tu yang tak tahan. hihihihhihii

klik sini untuk baca entri tersebut.
kredit to cursingmalay.blogspot.

nota akhir - agak2 boleh jadi macam kat bawah ni tak kalau tak dapat kentut?
hihihihhii. entri suka-suka. bukan entri tak senonoh pasal kentut-kentut. ahakss!!!

MySpace

Tuesday, March 29, 2011

hari-hari

kenapa tajuk entri 'hari-hari'?
meh cheq nak khabaq.
(wah....belajaq cakap utara...hihihi)..betui ke tak, sat gi cheq
minx mieyza comel tolong semak. heehehehehe.

hari-hari basuh kain.
penat.
basuh kain hari-hari pun.(bukan nak habaq cheq rajin ke pe)
tiap kali basuh macam seminggu tak basuh.
awat jadi lagu tu?

pagi pas mandi.
tukaq baju.
baju lama masuk dalam baldi.
rendam.
baju, seluaq, kain batik dan yang sewaktu dengannya pi rendam.
tengahari menjelang zohor.
tak pun lepas zohor.
rimas.melekit.cheq mandi lagi.
tukaq baju lagi.
nak dekat maghrib kang.sama lagu tu lagi.
ni nak tido.tukaq baju lagi.
mana tak banyak baju dalam sehari.

nape cheq tukaq2 baju kerap kali?
chq kuat peluh.
rimas pakai baju 'recycle'.
sekali pakai, cheq pi letak dalam baldi.
cheq rendam, tinggal nk cuci bila2 ja.

awat tak letak dalam bakul baju kotor?
cheq takde bakul2 lagu tu.
cheq tak suka simpan2 baju.
kat rumah pun.cheq letak dalam mesin teruih.
dah penuh.cheq 'on' mesin biaq putaq.
dulu rajin sangat2 basuh tangan.
siap gotong royong.
mak n arwah abah basuh kain.
cheq pun paham. cheq biar diorang kt bilik ayaq.
eheheheheehhe.
bilik ayaq rumah kampung cheq lain sket.
jenguk kepala.
nampak ruang besar.
ni takde pintu.dari dapur leh nampak.
turun tangga.
jalan sket. ada lorong, baru bilik ayaq yang bertutup punya ngan tandas.


cheq tunggu arwah abah panggil.
cheq tukang sidai baju pulak..heehehe.
guna mesin untuk keringkan ja.
tu pun kain-kain batik n pelikat.
yang lain perah tangan ja.
sayang baju.nanti kena mesin, cepat dimamah usia.
baju sekolah cheq.
hari-hari basuh guna tangan.
sekarang, tak larat dah.
heehehhe.

baju adik cheq yang dia letak
sepah-sepah kadang2.
cheq kutip.cheq letak dalam mesin, cheq basuh.

nape cheq tiba2 dok citer pasai ni?
sebab rutin2 macam ni la yang mencuri masa cheq.
lagi2 time tekanan buat tesis.
basuh kain, mandi.
haihhhh!!!!
lama noooo....

mak cheq pun dok membebel.
dok buat keja2 macam tu.
bila masa nak study, nak siapkan tesis.
cheq doa je.
cheq boleh pulun sampai siap hari ni.
yeeehaaaaaa!!!!!!!

cheq jenis cepat rimas pakai baju yang sama lama2.
kalau cheq sehari suntuk kt fakulti.
ya allah!!!
hanya allah yang tahu perasaan cheq.
tak senang duduk.
rimas ya amat.
kalau boleh mandi kt fek.
memang cheq mandi.
hihhihihihi. cheq montel. tu kuat peluh.
la ni kena kurang kan montel sket.
biaq berat ideal, badan sihat dan cergas.
baru kurang peluh2 ni kan.
baru boleh merayap sehari suntuk tanpa perlu rimas2.
heheheehehe.

susah masa kerja nanti la.
bayangkan.
cheq kuar rumah nanti 5.30.
subuh dalam tren jawabnya.
balik rumah jam 7 petang.
eeeuuuuwwwww.
geli cheq.
nanti kena himpit2 dalam KTM lagi.
ya allah!!!!
malas nak pikiaq dulu.
moh siapkan tesis.

chaiyokkkkk rehan!!!!!!

nota akhir--ada baju nak kena basuh sat gi. hihihhihihi.

MySpace

hanya seketika

terima kasih kerana datang dan pergi begitu sahaja.

MySpace

Monday, March 28, 2011

glenn - januari

berat bebanku meninggalkanmu



separuh nafas jiwaku sirna

bukan salahmu apa dayaku
mungkin benar cinta sejati 
tak berpihak pada kita

reff:
kasihku sampai di sini kisah kita
jangan tangisi keadaannya
bukan karena kita berbeda

dengarkan, dengarkan lagu-lagu ini
melodi rintihan hati ini
kisah kita berakhir di januari

  selamat tinggal kisah sejatiku
  ooo pergilah..

nota penghujung -
suka dengar lagu yang tiada kaitan dengan diri. hihiihhihihi. lepas tu melayan perasaan sendirian. haishhh!




MySpace

erkkk

pengalaman kerja kantin selama beberapa bulan selepas SPM dan STPM mengajar saya tentang pentingnya kebersihan sebagai pengusaha yang melibatkan makanan. tak kira pembantu atau pemunya. ya. silap sikit. dapat kesan kekotoran (dan sewaktu dengannya) tak mustahil kena ambil tindakan oleh pihak berwajib. perlu pakai apron. suntikan diwajibkan. tak pasti suntikan pe namanya. tapi saya tak sempat suntik. sebab kerja kejap-kejap je. masa nak suntik. selalu dah berhenti. ehehehehee.

idea untuk menulis tentang ini terhasil selepas membaca artikel di Berita Harian. boleh klik sini. hal yang pasti, sesiapa yang berhajat mahu terlibat dengan bisnes makanan. Silalah jaga kebersihan (premis, pekerja dan lain-lain). ^_^

nota akhir--sebab tu cuma rancang mahu buat bisnes menjahit je. kalau bab makanan, kena lebih teliti dalam pelbagai aspek. tapi belum pakar menjahit. hihihihhihih. kelas menjahit baru separuh jalan. ^_^



MySpace

Sunday, March 27, 2011

tak boleh

tak boleh nak muat naik gambar.
sedihnya.
dah lama dah masalah ini.
tak tahu punca.
tak tahu jalan penyelesaiannya.
hmmmm.
satu penyebab kurang minat nak berblog sekarang.
T_T

MySpace

tiada idea

sekarang sudah kurang membuat entri baru.
tiada idea.
tidak tahu mahu berceloteh tentang apa.
rabu lepas selamat sudah majlis makan malam
graduan PPBKKM.
tak sempat berjalan di meja-meja lain.
hanya ada gambar-gambar dengan rakan semeja.
sedihnya.
tak mengapa.
nanti ada aktiviti lagi.
masih boleh bergambar.
sayang kawan-kawan.
muahhh!!!


MySpace

Thursday, March 24, 2011

untuk sahabat

lewat berbicara...
saya maklum keadaan sahabat.
maaf kerna mungkin terlalu lewat untuk saya tahu.
lewat bukan bererti kurang ambil berat.
cuma kekangan masa yang buat kita tidak bisa berbicara kerap.
saya titipkan mutiara kata dari Dr. Tuah...

Bercintalah seadanya sewaktu di alam percintaan supaya kita boleh menerima sebarang kegagalan andainya disuratkan begitu, tetapi bercintalah anda sesungguhnya dan sepenuhnya tatkala sudah berkahwin nanti, sebab itulah yang menjamin kebahagiaan dalam hidup bersama. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


MySpace

Wednesday, March 23, 2011

masih jauh

perjuangan masih belum selesai.
perjalanan masih jauh.
ayuh!!
kuatkan semangat.
berjuanglah hingga ke titisan darah terakhir.


MySpace

Thursday, March 17, 2011

hanya mimpi

banyak mana mimpi arwah abah...
tapi takkan menjadi realiti.
hanya doa saja mampu dikirimkan buat arwah abah.
moga arwah abah tenang di sana.
moga dipermudahkan urusan arwah abah di sana.
moga ditempat arwah bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.
amin.


MySpace

Tuesday, February 15, 2011

satu hari

semalam mesej pkcik mahadhir.
baru jumpa num fon die kt buku telefon umah lama.
nak mesej.
bgtau abah dah xde.
maaf lambat bgtahu,
pkcik mahadhir bestfren abah masa sekolah.

tak pernah jumpa pkcik tu.
sebab masa die dtg rumah.
mak ngan abah je kt umah.
kami semua xde.
saya n adik kt ostel.
epol n angah keje.

bila mesej bgtau abah dah xde.
rupa2nya pkcik tu dah tau.
pkcik mat seri-(kawan sekolah abah juga) dah bgtau dia.

mesej2.
pkcik tu tanya keje dah ke.
bgtau la still belajar.
abg2 dah keje ke.

mesej dan mesej.
tiba2 pkcik tu tanya.
'rehan dah ade kawan? kalau xde kawan ngan anak pkcik jelah'.

siap bg tarikh lahir lagi.
sebelum tu pkcik tanya tarikh lahir saya.

satu perkataan masa tu.
terharu.
yeah.
terharu dengan pkcik tu.
semacam dia amik berat tentang family kami.
lagi2 saya seorang anak perempuan abah.
bila abah xde.
die nak pastikan kehidupan saya lepas ni terjamin.
terus die cadangkan kawan ngan anak die.

itu yang saya fikir.
tapi memang segan bila pkcik tu cadangkan mcm tu.

n saya pun dah ada kawan.
xde jodoh ngan anak pkcik walaupun pkcik bgtau muka anak pkcik cam ally iskandar.
ehehehehhe.

asenyer semua kawan2 abah dah tau abah dah xde.
sebab dah minx tolong kawan2 abah yang dapat dihubungi utk maklumkan pada semua.
kawan2 abah masa kt ofis kt pahang dulu pun.
tak dapat hubungi semua.
yelah.
semua dah pindah randah felda lain.

abah...
adik rindu abah.

semoga abah tenang di sana.
semoga dipermudahkan urusan abah di sana.
amin.


salam maulidur rasul

15 februari 2011.
selamat menyambut maulidur rasul.

Friday, February 11, 2011

erti rindu

missyouverymuch ABAH.
~_~

Friday, February 4, 2011

al fatihah

ayahanda tercinta...
mohamad bin abdullah
25.7.1950 - 3.2.2011
semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
semoga dicucuri rahmat ke atas roh arwah.
amin



Tuesday, January 18, 2011

Kerispatih - Tapi Bukan Aku (high quality)

abah

semoga abah cepat keluar icu.
cepat keluar hospital.
cepat sembuh.
amin..

bila abah kt icu.
waktu melawat terhad
emak pun xleh tunggu kt dalam.
kena tunggu kt luar.
sian mak.
xde tempat tido.

bila kat wad biasa.
mak leh tido kt kerusi kt katil.

waktu melawat cuti umum n sabtu ahad.
lagi panjang.
tapi bila kt icu.
waktu melawat cam biasa.
terlambat sket.
tak boleh masuk.
n boleh masuk 2 orang je sekali masuk.
tak dapat kami adik beradik sama2 nak tengok abah.

doa kami.
moga abah cepat sembuh.
cucu dia dah menanti atuknya.

abah.
kuatkan semangat.
semoga cepat sembuh.
amin.

Wednesday, January 12, 2011

baby

alhamdulillah.
baby selamat dilahirkan.
jam 6.32 petang.
11.1.11
amani batrisyia binti saiful bahari.
aunty rehan tak sabar nak jumpa baby.
muahxxx!!!
cucu sulung.
anak sulung abg no.3
sebab dia kawen dulu.
baru angah kawen.
memang teruja pertama kali dapat anak buah
perempuan.
bertambah kawan saya.
selama ni sorang2 je perempuan
dalam adik beradik.
heehhhe
alhamdulillah.

gambar tak dapat lagi.
takd apat g melawat lagi.
harap2 dapat melawat jumaat ni.
amin.
melawat abah sekali.
abah kena buat pembedahan.
harap2 selamat semuanya.
amin.

abah...
semoga cepat sembuh.
adik rindu abah sihat n cergas macam selalu.
~_~


update
28/1/11
AMANI BATRISYIA BINTI SAIFUL BAHARI


sehari@dua hari


tiga@empat hari


seminggu++



Tuesday, January 11, 2011

hattan-rindu bertandang lagi

Rindu bertandang lagi kekasih
Hatiku merintih keranamu
Kesunyian mencengkam
Lautan kenangan
Ajaibnya perasaan oh..oh..


Rindu membawa daku kekasih
Pada musim-musim bersamamu
Rasa kasih dan rindu
Yang tertanam buatmu
Di jambangan usiaku


Waktu memisahkan aku denganmu
Kemanisan bersatu dalam sebuah rindu
Kini saat indah menjadi sejarah
Dan musim pun berlalu bersama waktu
Kini bertemankan sebuah perasaan 
Rasa kasih rasa rindu padamu


Rindu bertandang lagi di hati
Rindu menghampiri kala sendiri
Halaman hidupku yang kosong tak terisi
Sungguh lama dikau pergi
Ha..ha..ha
Ha..ha..oh
Oh.. 

Friday, January 7, 2011

abah

lebih kurang jam 11 tadi.
dapat call daripada epol.
missed call.
masa tu kuar g parking kereta teman
kawan amik barang.
hset tak bawak.
huhuhhuu.
tgk2 ada 5 missed call.

abah sakit balik.
huhuhuhu.
dah anta hospital.
kak aida tanya nak balik x.
kalau nak balik.
my bro amik.

nak balik.

tapi lepas cakap ade kelas.
angah cakap.
balik lepas kelas la.
mak pon sama.
huhuhuhhu.
minx2 kelas abes awal.
nak kejar tren lagi.
t tren tu lambat dr rawang ke btg kali.
nak cepat.
nak tengok abah.
uhhuhuhuh

dah sebulan abah sakit.

start awal sem ni.
balik ukm utk g kelas je.
pastu balik umah balik.
huhuhuhu.

semoga abah cepat sembuh.
amin100x!!!

Thursday, January 6, 2011

karya

karya saya tidak banyak.
cuma dua.
cerpen 'T.U.A.H' di Dewan Siswa dan
puisi 'Sahabat, Aku Rindu..' di majalah Remaja.
tapi yang paling awal.
di penulisan2u.
cerpen.

yang pertama di media cetak.
T.U.A.H.

bila masuk MPR.
kawan2 semua dah ada banyak karya.
wah..terasa kecil diri ini.
ada yang dalam proses buat novel.
wooowwww...

sangat bangga.
betul juga kata guru2.
penulis kena ada dalam kelompoknya.
kalau tidak.
dia akan hilang.
ya.
bila saya berada dalam kelompok ini.
saya bersemangat untuk menulis.
(saat ini teringat syafie...dia pelajar kejuruteraan robot, UNIKL MFI, mungkin kawan2 dia tak layan sangat sifat romantisme dia, jadi bila di MPR, dia meluahkan segala perasaannya. kami dengan senang wahai si robot cinta. heheehehe)

inilah si robot cinta yang romantis..ahaha. maafkan akak letak gambar kamu ye, wahai syafie.

selama ni selalu cuba menulis.
tapi selalu bantutkan semangat.
'karya aku tak sedap la'..
lama2..jadi pekasam.

bila ada kawan seniora nasihatkan.
hantar je karya yang ada.
sedap atau tidak.
lain orang, lain penilaiannya

sekarang ni.
nak tak nak.
kena buat karya.
kalau tersiar.
alhamdulillah.
menulis kerana ALLAH.
moga sentiasa dilindunginya.
amin.