CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

blink blink

Thursday, April 21, 2011

hadiah

sekarang ni semua orang tengah seronok bergaya dengan tesis masing-masing. tahniah kawan-kawan. saya tunggu giliran je. semoga dipermudahkan segala urusan. tesis tu hadiah untuk semua orang yang menyokong saya, memberikan saya semangat agar saya bangkit kembali. walaupun luaran saya nampak ok. hakikatnya. jiwa saya. macam orang putus cinta. mengharap sangat-sangat. tapi yang terjadi bukan seperti yang diharapkan. ~~tapi ni bukan pasal putus cinta dengan kekasih hati. ni putus sudah ikatan kasih sayang dengan arwah~~ perumpamaan nya macam tu la. jatuh. terduduk. tergolek. tertiarap. ha~~macam-macam perumpamaan. ehehhe.


alhamdulillah. semoga kami semua makin tabah meneruskan kehidupan tanpa abah. hajat nak bawak abah datang ke ukm dengan kereta saya sendiri tak kesampaian. abah datang ukm tak lebih 5 kali. 3 kali barangkali. pertama kali, masa hari pendaftaran. kali kedua. abah ngan mak datang melawat kononnya, padahal rumah dekat je. ehehehhe. biasa la. anak dara sorang je. rindu la jadinya. ehehehee.


kali ketiga abah ngan mak datang. tapi kt ktm je. masa tu ade kedai makan..makan kt situ. abah anta rice cooker. sebenarnya mmg nak tinggal je rice cooker tu kt rumah. tapi abah hantar balik. uhhuhuhu. terharu. kesian tengok abah naik tangga kt ktm. kt rawang pun ade kena naik tangga. biasa la orang tua. semput + tak larat. sebab tu saya cakap kt abah. xyah datang ukm. biar saya yang balik selalu.


sebab tu janji dalam hati nak bawak abah datang ukm lagi masa saya konvo. insya allah dengan kete saya sendiri ke kan. tapi rencana DIA sudah tertulis. hajat saya terhenti setakat ni je. memang bersemangat nak konvo sebab nak bagi mak n abah merasa tengok anak die naik pentas + amik skrol.


dulu masa abang konvo. mak n abah tak dapat g. bajet tak cukup. jauh nun di utm skudai. abang saya belajar kt utm jalan semarak, kl. konvo kt main campus, skudai. masa angah konvo pun. tak dapat tengok. jadi, tinggal saya jelah. adik saya lambat lagi. tak pelah. mak ada. walaupun nanti abah xde dalam gambar konvo, tapi abah dalam hati saya untuk selamanya. adik rindu abah sangat2. ~_~


kena kuatkan semangat sampai tesis selesai dijilid. nak balik. tunjuk kt mak. alhamdullilah. saya yang pertama akan dapat degree dalam adik beradik saya. abang-abang saya lepas diploma. diorang kerja. yang sorang baru je sambung degree PJJ uitm. tapi sekarang extend satu sem sama dengan wife sebab nak jaga baby diorang..


yang penting sekarang.


EDIT + EDIT + EDIT = JILID.


heheehehehe. aminnnnnn.


walaupun tak berapa bagus untuk degree ni. tak pelah. nanti master, usaha kuat2 lagi. ^_^


MySpace



0 comments: