CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

blink blink

Thursday, July 30, 2009

we r siblings (part 1)

inilah abang kesayangan kau.
hmmm...syg kew?
syg la.
even die selalu mrh2 aku...
selalu bangkang pe yg aku ckp..
xpelah...
redha jek.
die baru je kawen.
31 mei 2009...
masa cuti sem...
xdapat ajak ramai kwn2..
sebab kenduri kt umah aku..
org2 tua ckp..
minum2 teh je...
yelah...
breakfast la kononnyer...
kol 8am..
then..kul 9 gerak g masjid utk akad nikah..
mkn tghari kt belah pompuan..
dekat jek umah aku n kakak ipar aku..
jalan kaki...
berpeluh ketiak..
hik3x...
mase nak akad nikah..aku ase abg aku ni mcm makin putih.cerah sangat2.dalam ati. xkan die cucuk botox??ngeh3x...ifa ckp...seri pengantin. aku pun terpikir. yelah kot. agaknyer kalau nak berseri2.time nak kawen la eh?? hmmm....xpe.aku yg belum kawen ni pon berseri2 dh.hheheehhhe.aku ase ni lah gambar pertama aku amik berdua ngan abang aku..n gmbr masa die kawen la. kitorang satu family dapat amik gmbr sama2. gambar family pertama. tahun 1992. masa aku umur 4 tahun. dh lama dh...ok. next post,gmbr family aku.

Wednesday, July 29, 2009

kesakitan kejatuhan...

rehan,jom r makan dulu.
ok. jom...
dok kt cni je la.


jalan kedek2 menuju ke meja.
gedebuk!
aku jatuh...
aku jatuh terduduk...
maluuuuuuuuuuuuuuu!!!!

p/s=sape2 yg nampak aku jatuh. buat xtau jek...

hmm...kesimpulan.
nape aku leh jatuh?
selipar licin?berat berlebihan?
suratan takdir?
hmmmmm....no komen.

yg aku tau...
akan ku biarkan lubang najis menelan selipar 'kesayangan' aku tu.
huhuhuhu

Tuesday, July 28, 2009

satu pagi...

tido kul 4pg...
kelas kul 8 pagi..
bunyi jam loceng...
bangun..
tutup jam...
gosok baju...
mandi...
lari2 kejar bus...
xde kelas...
mimpiiiiiii!!!!
heh....

sindrom...

sangat malas study...
rajin online...
banyak kali gugur tambah kursus...
dah gugur...
tepon pejabat dekan...
nak tambah balik...
setel..
sengalllll!!!!
huk3x...

Monday, July 27, 2009








Get Your Own Scroller

Sunday, July 26, 2009

drop n drop n drop....

sakit jiwa jek sem ni...
56x kali gugur n tambah kursus...
pening sebab tatau nak amik PB apa..
kene pilih sendiri...huk3x.
patotnyer sem ni 19 unit...
aku amik 13 unit je..
sangat berisiko...
satu paper sangkut...
drop result aku....
moga itu x terjadi....
huk3x....

sahabat...

sahabat,
aku rindu kenangan itu...
kenangan lalu yang tersemat utuh disanubari..

aku rindu gelak tawamu..
yang sentiasa menemani aku tiap waktu...

aku rindu pada wajahmu...
yang membuat aku tenang tika duka menyapa...

aku rindu pada suaramu...
yang tak lekang mengucapkan bicara padaku...

sahabat...
aku lemah tika kau pergi dariku...
aku tersungkur di padang persahabatan ini...

sahabat...
andai ku punya kesaktian...
akan ku selami jiwamu tanpa perlu kau tahu...
untuk ku tahu apa yang ada dihatimu...
agar aku tahu dimana silapku...

namun,
aku cuma insan biasa...
aku tak punya apa...
doaku hanya pada yang maha esa...
moga kau dan aku bersama semula...
seperti dahulu...

andai kau fikirkan aku tak layak menjadi sahabatmu...
tak mengapa...
aku terima segalanya...
mungkin...
kau mahukan sahabat yang sama cantik sepertimu...
siapalah aku disisi kamu....

andai aku menutup mata dahulu...
aku mahu kau tahu...
kaulah sahabat aku...
sampai penghujung waktu...

selamat hari lahir untuk abah

25 julai 2009..

genap umur abah tersayang 59 tahun..

selamat hari lahir abah...

semalam tepon abah...tnyer abah..beli kek kew?

abah ckp x.
urm...cedey xdpt balik.
mggu depan ptptpu tu masuk..
nak balik...
then belikan abah kek...
n 2 ogos ni...my beloved bro nyer bufday..
beli sekali kek untuk die...
lalalalalalalala....

'ayat aku jek nak mkn kek..abah tak leh mkn2 manis2 sgt..so,kek itu aku yg makan..kejam x?kikiki'

Friday, July 24, 2009

hati...

hati...
jangan kau sedih lagi..

jiwa...
jangan kau berkocak kembali...

diri...
moga sentiasa dirahmati...

Wednesday, July 22, 2009

benci!!!!!!

benci sangat kelas pagi!
apa yang ku tak suka telah terjadi!
arrrrggggghhhhh!
sakit hati..

SLEEPY......

Tuesday, July 21, 2009








Get Your Own Scroller

moga impian jadi nyata...

tiada kerja..jadi saya ke laman photofunia.. untuk apa?? edit photo. xperlu susah2. cuma pilih mane frame yang disukai n upload pic... yaayy..bwh ni la hasilnyer...moga jadi kenyataan.wajah saya terpampang dimana-mana saja....hahahhaahha.amin....


hujan...


Hujan semalam membasahi bumi
Menyegarkan hati
Hujan berlalu tiada kembali
Menyirami lagi

Cinta semalam meninggalkan kesan
Luka dalam hati
Cinta berlalu bersama hujan
Kini tiada lagi

Sang mentari di pagi hari
Mengeringkan embun
Sang mentari di tengahari
Teriknya terasa di hati

Hujan semalam mungkinkah kembali
Pada esok hari
Dan membawakan cinta nan sejati
Suci dan abadi

Saturday, July 18, 2009

hati ini disapa sendu lagi..

aku rindu die...rindu sangat2.
rindu kenangan kami 5 tahun lamanya.
oh tuhan! sukarnya aku melupakan dia.
salah kah keputusan aku di masa lalu?
mengapa kau kerap kali hadir menemani aku di layar mimpi?
apakah kau juga merindui aku?
aku tak punya kekuatan seperti kamu..
membuang aku jauh dari hati mu..
aku tetap begini.. mencari khabar dalam fantasi..
ku tak bisa melupakan mu..
namun..
ku sudah punya lembaran kisah yang baru...
kasih dia pada ku begitu suci..
aku x tegar dia pergi..

Friday, July 17, 2009

kisah 3

terjaga aku dari lena yang panjang...
membuat aku bertafakur sejenak...

ya allah...
jangan kau ambil dia dariku....
jangan jauhkan dia dariku....

angin sepi datang menyapa lagi...
membuat aku terdiam sendiri...
air mata gugur lagi...
menangisi dia yang ku nanti....

maafkan aku...
bukan tanda aku kejam buat kau begini...
pinta ku...
moga kau mengerti hati ini....
pergilah kau bersama cinta ini...
jangan lagi kau tangisi....

mindaku bermain kata...
sayangkah kau padaku?
cintakah kau padaku??
ahhh!
biarkan semua berkubur di hamparan kenangan...
kau dan aku dalam kenangan.

kisah 2

lewat bicara ku...
pasti ada sendu menemani...

lewat derap langkah ku...
pasti ada kemusykilan di hati...

andai dia di sini...
mampukah aku berbicara..
mampukah aku melangkah bersama....
untuk menggembirakan dia semula??????

mampukah?????

kisah 1

andai kenangan semalam menyapa lagi...
mampukah aku untuk tabahkan hati?????

andai dia yang hadir dalam lenaku acap kali...
mampukah aku mengusirnya jauh dari diri ini?????

oh tuhan!
berikan aku kekuatan hadapi dugaan...
berikan aku ketabahan hadapi ini semua...


biarkan aku dengan dunia aku..

Langkah Seiringan

Dikala ku keseorangan
Kenangan pun datang
Menjelma lagi
Terbayang saat-saat
Yang manis
Ketika bersama dahulu

Tak tertahan menanggung rindu
Disaat kau berjauhan dariku
Bayangmu selalu datang menjelma
Membuat teguhnya cintaku

( korus )
Oh sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandingan
Berdua menuju arah bahagia
Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
semoga kita berdua berbahagia...

Dikala ku keseorangan
Kenangan pun datang menjelma lagi
Terbayang saat-saat yang manis
Ketika bersama dahulu

Thursday, July 16, 2009

16 Julai 2009

aku makan maggi goreng jenama indo mie....
tp ase durian....
huhuhu....
sebab bekas megi tu bekas durian hari tu..
hehhehhe.

urm...rindu die.
cian die.
ngah serabot kt sane..
sowi syg...
i'm not with u when u hv a prob...
but i always pray 4 u..
mmmmmmmmmmuuuah!!

Wednesday, July 15, 2009

situasi....

PTPTN menyeksakan aku
kewangan kini menjadi haru
dan aku , ku mati kutu
disitu

Mengharapkan PTPTN di semester baru
itulah impian aku


suratan takdir perpisahan

ni kawan aku post kt buletin fs....bout her late bf....sayu rase hati...moga yana tabah hadapi hari2 mendatang tanpa dia disisi.....

Sebelum ni bila aq bace berita tentang nahas jalanraya yang meragut nyawa sehari sebelum majlis bertunang atau beberapa ketika sebelum pernikahan berlangsung, pasti terdetik kat atiku “macam mana lar perasaan pasangan yang ditinggalkan itu”, “bagaimana mereka untuk menempuh hari muka tanpa insan yang dicintai dan diharap dapat membina mahligai bahagia bersama-sama”. kini, tanggal 15 jun 2009 pasti tidak akan dapat aq lupakan walau hingga hujung nyawaku. Cinta pandang pertama yang ku semai sejak september 2004, yang telah melalui banyak ranjau dan duri telah pergi meninggalkan aq saat bahagia sedang aq kecapi.

Hubungan aq dan dy mungkin tidak sempurna seperti kisah cinta manusia lain, tp bagiku itulah saat-saat terindah dalam hidupku. Dy pergi dengan janji akan memberi komitmen seandainya masa telah betul-betul sesuai dan meminta aq menunggunya. Janjinya apabila aq dan dy sudah bersedia untuk memikul tanggungjawap yang besar, nantikan saja rombongan yang akan datang padaku. Mengingatkan itu membuat air mata ini semakin deras mengalir. Banyak yang tidak sempat untuk kami lakukan bersama-sama. percutian yang kami rancang di genting highlands julai nanti, berpakaian sama warna ketika ari raya nanti, dan niatnya untuk menemaniku pulang ke bangi pada 27hb jun ini juga tidak kesampaian.

Tidak banyak y dy berubah menjelang hari pemergiannya. Cme satu, hajat dy untuk melihat aq kerintingkan rambut dan bertudung masih belum aq tunaikan. Aq sama sekali tak menyangka dy akan juga melihat aq bertudung, namun itu Cuma di hari terakhir dia berada di dunia. Hari di mana dia telah meninggalkan semua orang yang mengasihi dan menyintai dirinya juga orang yang dy sayang dan cintai. Perbualan terakhir kami sungguh ceria dan mesej-mesej terakhir darinya sebelum nahas itu berlaku juga dipenuhi senda gurau darinya. Dy sihat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bagi mencapai impian bahagia kami. Namun takdir tuhan tiada yang dapat menghalang. Walau kan kering air mataku kerna menangisi pemergiannya, namun dy tidak kan kembali. Mungkin benar katanya dy akan pergi kepada insan yang lebih menyayangi dirinya lebih dari yang aq berikan.

Tuhan lebih sayangkan dirinya dan kerana itulah dy pergi meninggalkan aq sendiri. Hingga saat ini, aq masih tidak percaya dy telah tiada. Di mana-mana aq berada hanya bayangan wajahnya bermain di mata. Aq menjadi terlalu rindu padanya. Tiada lagi tempat untukku meluah rasa, kadangkala bergaduh dan bermasam muka, ketawa ceria. Aq kehilangan segalanya. Hajatnya supaya aq kisahkan cinta kami dalam bentuk novel masih belum aq realisasikan. Aq tidak tahu adakah masih aq punya kekuatan untuk bukukan kisah cinta kami yang tidak kesampaian ini. 1 jun 2009 adalah merupakan hari terakhir kami berjumpa. Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata darinya “awak tanak jmpe org ke wak?”, “kita jumpe jom hari ni, org malas la nak pergi kerja hari ni”. Itulah detik terakhir kami berjumpa. Kami sempat menonton filem syurga cinta pada hari itu. Masih aq teringat kuatnya genggaman tangannya padaku ketika kami melintas jalan juga pandangan terakhir darinya yang tepat kedalam kedua anak mataku.

Sayang sekali aq tidak mampu mentafsir isi hatinya. Namun masih dapat aq rasai kasih sayangnya ketika itu. Juga kata-katanya ketika kami menonton filem i’m not single suatu ketika dulu, masih aq ingat hingga kini. “saya sayangkan awak lebih dari saya sayangkan motor saya”. Ya Allah, andai ingin dihimpun segala kenangan kami bersama, tak terlarat rasanya untuk aq kisahkan semuanya. Biarlah ia menjadi saat-saat manis antara aq dan dirinya. Sudah tertulis sejak azali cinta kami Cuma sampai disini. Dy pergi kerana motor kesayangannya. Motor yang memberi dy kebahagiaan saat kami tidak sehaluan. Andai ku tahu ini yang akan terjadi, aq tidak akan benarkan dy ke bandar malam tragedi itu. Dy meminta izin dariku, dan aq membenarkannya, satu rasa terkilan yang tidak mudah untuk aq padamkan. Namun dalam kesedihan, aq masih punya rasa bangga kerana hingga saat akhirnya kami masih berhubungan walau tidak punya ikatan rasmi. Cinta kasih kami masih utuh.

Aq tahu itu kerna aq sendiri dapat merasainya. Saat menatap wajahnya buat kali terakhir, aq masih mampu tersenyum walaupun dalam tangisan. “dy sangat tampan” itu yang berulang kali aq nyatakan pada diriku. Lama untuk aq kumpulkan kekuatan sebelum aq dapat duduk disebelah jenazahnya, menghadiahi rohnya dengan bacaan yasin. Walau bacaanku tersekat-sekat lantaran kesedihan yang teramat mencengkam, namun aq puas. Puas dapat berada disampingnya di hari terakhir dy. Aq tatap sekujur tubuhnya yang kaku, ku belai kain batik lepas yang menutupi jenazahnya seakan aq membelai dirinya. Ikutkan hati ingin saja aq peluk dan cium dirinya buat kali terakhir, namun apakan daya, kami tidak punya ikatan yang sah untuk aq melakukan itu. Bagai tidak percaya yang ku tatap dan ku belai itu adalah sekujur badannya yang kaku, tanda jodoh kami hanya setakat di sini. Malam tragedi itu, kami menghabiskan masa dengan berbalas-balas sms. Dy sempat berpesan supaya aq mendapatkan rawatan bagi merawat sakit kepala yang kerap menyerangku. Hinggalah aq tertidur kerana sakit kepala dan mesej terakhir darinya yang kuterima ketika jam menunjukkan pukul 11.16 malam. Tidurku tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan telefon daripada kawan baiknya pada jam 12.20 pagi menyatakan dy terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan serius.

Menggigil seluruh tubuhku saat ku dail no telefon ibunya untuk menyampaikan berita nahas itu. Aq sempat mengirimkan sms kepadanya menyatakan aq mengharapkan dy akan selamat dan menyuruhnya menunggu kedatanganku pagi itu, juga memberitahu kepadanya bahawa aq sangat-sangat menyayanginya. Hanya tuhan yang tahu gugup dan gementarnya perasaan ini apabila mendapat sms daripada kakaknya bahawa dy hanya tinggal 40% untuk hidup. Oh tuhan. Dugaan apakah ini. Aq mencuba bertenang dan hanya mampu berdoa dy selamat dan hari cepat siang agar aq dapat segera berada di sampingnya. Pada jam 4 pagi, aq sekali lagi menerima sms mengatakan dy telah tiada harapan untuk hidup. Saat itu aq tahu aq bakal kehilangannya. Namun aq masih berdoa dan berharap aq sempat bertemu dengannya. Namun tiada rezeki buatku, dy pergi sebelum sempat aq ke hospital melawatnya.

Di pusaranya aq lihat dy hingga detik dy hilang dari pandangan. Walau di mulut berulang kali ku sebut “pergilah sayang, semoga kau tenang disana”, namun di hati aq memberontak tidak merelakan apa yang terjadi. Namun segera ku sangkal fikiran negatif itu dengan beristigfar dan membaca surah al-fatihah. Aq tidak mahu dy terseksa. Saat ku sirami pusaranya dengan air, ku belai batu nisan dan dalam hatiku berbisik semoga tuhan menemukan kami di akhirat kelak. Hingga kini, apa yang mampu aq lakukan hanyalah menghadiahi rohnya dengan bacaan yasin dan fatihah semoga rohnya tenang di sana. Semoga tuhan menyatukan cinta kami di akhirat kelak.

Tuesday, July 14, 2009

malam yang penuh dengan kejutan....





urm....gurl ni my x-koke classmates. her name is yusliana yunos. die amik kebudayaan n kesenian melayu.. aku upload gambar die n boy tu coz aku nak share sumthing...
aku dah lama x online. td aku online. n usha page kwn2 aku. then aku view page gurl ni...shotout die menyatakan tentang pemergian arwah bf die. ya allah!
terkedu aku. sungguh x ku sangka. setelah hampir sebulan ia berlaku..baru hari ini aku tahu.
terasa sayu dihati bila terfikir perkara sebegitu terjadi terhadap aku... tabahkah aku tanpa si dia disisi?????? kuatkah aku mengharungi liku2 kehidupan tanpa si dia???????
aku x mahu itu terjadi. doaku...moga ku tak diduga dengan dugaan sebegini. to yana-moga kamu tabah menghadapi hari2 mendatang. titipkan kalimah suci terhadap arwah. moga arwah tenang disana.....

Wednesday, July 8, 2009

8 julai 2009 - 12.30 pm

sem baru dah bermula....
tanpa laptop...
huk3x...
laptop rosak....tggu wit pt masuk..

sem baru,bilik baru,rumate baru..yayy..
bilik beso-'ifa,jgn jeles eh..hahahaahha'

ada prob nak daftar subjek..
perlu pinjam laptop kawan.
tenet kt cc lembab kalah ciput cedut..
huhuhuhu.

moga sem ini lebey baik daripada sem lepas...
aminnnnnnnnnnnnnnnnn....