CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

blink blink

Wednesday, July 15, 2009

suratan takdir perpisahan

ni kawan aku post kt buletin fs....bout her late bf....sayu rase hati...moga yana tabah hadapi hari2 mendatang tanpa dia disisi.....

Sebelum ni bila aq bace berita tentang nahas jalanraya yang meragut nyawa sehari sebelum majlis bertunang atau beberapa ketika sebelum pernikahan berlangsung, pasti terdetik kat atiku “macam mana lar perasaan pasangan yang ditinggalkan itu”, “bagaimana mereka untuk menempuh hari muka tanpa insan yang dicintai dan diharap dapat membina mahligai bahagia bersama-sama”. kini, tanggal 15 jun 2009 pasti tidak akan dapat aq lupakan walau hingga hujung nyawaku. Cinta pandang pertama yang ku semai sejak september 2004, yang telah melalui banyak ranjau dan duri telah pergi meninggalkan aq saat bahagia sedang aq kecapi.

Hubungan aq dan dy mungkin tidak sempurna seperti kisah cinta manusia lain, tp bagiku itulah saat-saat terindah dalam hidupku. Dy pergi dengan janji akan memberi komitmen seandainya masa telah betul-betul sesuai dan meminta aq menunggunya. Janjinya apabila aq dan dy sudah bersedia untuk memikul tanggungjawap yang besar, nantikan saja rombongan yang akan datang padaku. Mengingatkan itu membuat air mata ini semakin deras mengalir. Banyak yang tidak sempat untuk kami lakukan bersama-sama. percutian yang kami rancang di genting highlands julai nanti, berpakaian sama warna ketika ari raya nanti, dan niatnya untuk menemaniku pulang ke bangi pada 27hb jun ini juga tidak kesampaian.

Tidak banyak y dy berubah menjelang hari pemergiannya. Cme satu, hajat dy untuk melihat aq kerintingkan rambut dan bertudung masih belum aq tunaikan. Aq sama sekali tak menyangka dy akan juga melihat aq bertudung, namun itu Cuma di hari terakhir dia berada di dunia. Hari di mana dia telah meninggalkan semua orang yang mengasihi dan menyintai dirinya juga orang yang dy sayang dan cintai. Perbualan terakhir kami sungguh ceria dan mesej-mesej terakhir darinya sebelum nahas itu berlaku juga dipenuhi senda gurau darinya. Dy sihat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bagi mencapai impian bahagia kami. Namun takdir tuhan tiada yang dapat menghalang. Walau kan kering air mataku kerna menangisi pemergiannya, namun dy tidak kan kembali. Mungkin benar katanya dy akan pergi kepada insan yang lebih menyayangi dirinya lebih dari yang aq berikan.

Tuhan lebih sayangkan dirinya dan kerana itulah dy pergi meninggalkan aq sendiri. Hingga saat ini, aq masih tidak percaya dy telah tiada. Di mana-mana aq berada hanya bayangan wajahnya bermain di mata. Aq menjadi terlalu rindu padanya. Tiada lagi tempat untukku meluah rasa, kadangkala bergaduh dan bermasam muka, ketawa ceria. Aq kehilangan segalanya. Hajatnya supaya aq kisahkan cinta kami dalam bentuk novel masih belum aq realisasikan. Aq tidak tahu adakah masih aq punya kekuatan untuk bukukan kisah cinta kami yang tidak kesampaian ini. 1 jun 2009 adalah merupakan hari terakhir kami berjumpa. Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata darinya “awak tanak jmpe org ke wak?”, “kita jumpe jom hari ni, org malas la nak pergi kerja hari ni”. Itulah detik terakhir kami berjumpa. Kami sempat menonton filem syurga cinta pada hari itu. Masih aq teringat kuatnya genggaman tangannya padaku ketika kami melintas jalan juga pandangan terakhir darinya yang tepat kedalam kedua anak mataku.

Sayang sekali aq tidak mampu mentafsir isi hatinya. Namun masih dapat aq rasai kasih sayangnya ketika itu. Juga kata-katanya ketika kami menonton filem i’m not single suatu ketika dulu, masih aq ingat hingga kini. “saya sayangkan awak lebih dari saya sayangkan motor saya”. Ya Allah, andai ingin dihimpun segala kenangan kami bersama, tak terlarat rasanya untuk aq kisahkan semuanya. Biarlah ia menjadi saat-saat manis antara aq dan dirinya. Sudah tertulis sejak azali cinta kami Cuma sampai disini. Dy pergi kerana motor kesayangannya. Motor yang memberi dy kebahagiaan saat kami tidak sehaluan. Andai ku tahu ini yang akan terjadi, aq tidak akan benarkan dy ke bandar malam tragedi itu. Dy meminta izin dariku, dan aq membenarkannya, satu rasa terkilan yang tidak mudah untuk aq padamkan. Namun dalam kesedihan, aq masih punya rasa bangga kerana hingga saat akhirnya kami masih berhubungan walau tidak punya ikatan rasmi. Cinta kasih kami masih utuh.

Aq tahu itu kerna aq sendiri dapat merasainya. Saat menatap wajahnya buat kali terakhir, aq masih mampu tersenyum walaupun dalam tangisan. “dy sangat tampan” itu yang berulang kali aq nyatakan pada diriku. Lama untuk aq kumpulkan kekuatan sebelum aq dapat duduk disebelah jenazahnya, menghadiahi rohnya dengan bacaan yasin. Walau bacaanku tersekat-sekat lantaran kesedihan yang teramat mencengkam, namun aq puas. Puas dapat berada disampingnya di hari terakhir dy. Aq tatap sekujur tubuhnya yang kaku, ku belai kain batik lepas yang menutupi jenazahnya seakan aq membelai dirinya. Ikutkan hati ingin saja aq peluk dan cium dirinya buat kali terakhir, namun apakan daya, kami tidak punya ikatan yang sah untuk aq melakukan itu. Bagai tidak percaya yang ku tatap dan ku belai itu adalah sekujur badannya yang kaku, tanda jodoh kami hanya setakat di sini. Malam tragedi itu, kami menghabiskan masa dengan berbalas-balas sms. Dy sempat berpesan supaya aq mendapatkan rawatan bagi merawat sakit kepala yang kerap menyerangku. Hinggalah aq tertidur kerana sakit kepala dan mesej terakhir darinya yang kuterima ketika jam menunjukkan pukul 11.16 malam. Tidurku tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan telefon daripada kawan baiknya pada jam 12.20 pagi menyatakan dy terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan serius.

Menggigil seluruh tubuhku saat ku dail no telefon ibunya untuk menyampaikan berita nahas itu. Aq sempat mengirimkan sms kepadanya menyatakan aq mengharapkan dy akan selamat dan menyuruhnya menunggu kedatanganku pagi itu, juga memberitahu kepadanya bahawa aq sangat-sangat menyayanginya. Hanya tuhan yang tahu gugup dan gementarnya perasaan ini apabila mendapat sms daripada kakaknya bahawa dy hanya tinggal 40% untuk hidup. Oh tuhan. Dugaan apakah ini. Aq mencuba bertenang dan hanya mampu berdoa dy selamat dan hari cepat siang agar aq dapat segera berada di sampingnya. Pada jam 4 pagi, aq sekali lagi menerima sms mengatakan dy telah tiada harapan untuk hidup. Saat itu aq tahu aq bakal kehilangannya. Namun aq masih berdoa dan berharap aq sempat bertemu dengannya. Namun tiada rezeki buatku, dy pergi sebelum sempat aq ke hospital melawatnya.

Di pusaranya aq lihat dy hingga detik dy hilang dari pandangan. Walau di mulut berulang kali ku sebut “pergilah sayang, semoga kau tenang disana”, namun di hati aq memberontak tidak merelakan apa yang terjadi. Namun segera ku sangkal fikiran negatif itu dengan beristigfar dan membaca surah al-fatihah. Aq tidak mahu dy terseksa. Saat ku sirami pusaranya dengan air, ku belai batu nisan dan dalam hatiku berbisik semoga tuhan menemukan kami di akhirat kelak. Hingga kini, apa yang mampu aq lakukan hanyalah menghadiahi rohnya dengan bacaan yasin dan fatihah semoga rohnya tenang di sana. Semoga tuhan menyatukan cinta kami di akhirat kelak.

0 comments: