CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

blink blink

Wednesday, March 31, 2010

cukup

cukup.
masa terbuang tanpa sesal.
cukup.
masa terbiar tanpa gusar.

cukup.
segala-galanya.

heehehehehe. mood=bosan.

seyum itu takkan pernah hilang


ekspresi wajah tika ini.
senyum selalu.
biarpun hakikatnya bukan begitu.
semoga berjaya hadapi segalanya dengan tenang.
amin.

Thursday, March 18, 2010

~monyet za'ba~ (part 2)

ok. 
hari tu dah janji nak upload 
gambar monyet2 'comel' tu. 
hihihihihhii.

hari ini

patut nyer ada 3 kelas.
9-10am..tutorial popular culture.
10-12pm...filem melayu.

but, filem tu awal2 dah dapat notis. batal.
gagah kan juga la g tutor yg sejam tu.
naik bus kul 9pm dari za'ba ni.
sampai fac, jalan laju2.
sampai depan pintu kelas.
ahahahahahahha.
'kelas batal. baru dapat tau'.

ahahahaha.
ok. xpelah.
sekurang2 nya.
cair lemak sket pg2 tadi.
jalan laju2 balik.
g tunggu bus balik za'ba.
malam kang pulak kelas.

sastera islam
sangat suka kelas ni.
tau sejarah persuratan sebenar.
sastera dulu bukan seperti yg ada sekarang ni.
kalau nak tau.
silalah ambil subjek sastera islam ni sebagai elektif.
insya allah.
terlalu banyak ilmu tentang islam itu khususnya.

ok.
mau study.
tadi dh jadi tenggiling.
study guling2.
last2.
tido.
hiihhiihihi.
malam ni ada kuiz.
30%.
wowwww!!! 
(@)_@)

ok.
semoga berjaya buat semua.
daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, March 17, 2010

buku yang mahu dimiliki tika ini


sumber - http://tokobuku.fotopages.com/?entry=1946723

Nasr Hamid Abu Zaid telah dipaksa meninggalkan Universiti Kaherah kerana dianggap tersesat. Jenayahnya? Nasr menyebut dalam tulisannya bahawa sejarah dan budaya harus diambil kira dalam mentafsirkan Quran. Selain itu, Nasr juga menghujahkan bahawa dalam pentafsiran Quran, ayat-ayat kitab suci in harus difahami secara tamsilan (metafora) dan bukan secara kaku dan hurufiah.

Pada Jun 1995, Mahkamah Rayuan Kaherah menjatuhkan hukum “bahawa tulisan-tulisan Abu Zaid di dalamnya, dan dengan sendirinya, membuktikan beliau sebagai seorang murtad.” Golongan Islamis mengancam nyawanya. Dia tidak lagi dapat mengajar. Para pengawal, lengkap dengan machine gun, berkawal sekeliling rumahnya. Para peguam Islamis cuba memisahkan Nasr dari isterinya, Dr Ebtehal Younes, juga seorang professor di Universiti Kaherah, bersandarkan alasan bahawa seorang wanita Muslim tidak boleh berkahwin dengan non-Muslim. Nasr, justeru telah diisytiharkan sebagai murtad, tidak lagi boleh dikira sebagai seorang Muslim. Urutan dari itu, kedua-dua mereka lari ke Belanda, dan sejak itu Nasr mengajar bahasa Arab dan Pengajian Islam id Universiti Leiden.

Dengan terbitnya buku ini, dunia berpeluang mendengar cerita dari yang empunya badan, Nasr Hamid, yang telah terlibat dalam salah satu kontroversi paling rebut di abad ke-20. Selain penjelasan tentang kontroversi berkenaan, menerusi buku ini Nasr juga mencatatkan renungannya tentang Islam yang digeluti dan dialaminya sejak kecil.

Book Detail:
ISBN :
978-983-39121-5-5 | RM 25*

Author: Nasr Hamid Abu Zaid
Publisher: Middle-Eastern Graduates Centre Sdn Bhd
Year: 2009
Pages: 326 

saat membaca resensi buku ini do kosmo 16 mac 2010.
hati sudah tertarik.
ada sesuatu tentang buku ini yang mengikat jiwa.
moga ada rezeki.
dapat memiliki buku ini.
atau ada sesiapa yang sudi menghadiahkan kepada rehan?
eheheheehhe.
(^_^) 

 

Tuesday, March 16, 2010

~monyet za'ba~

entri ini.
saya tulis saat monyet2 ni berada di luar tingkap bilik saya.
hik3x.
semalam. saya beli nasi goreng usa.
tapi mungkin sebab penat sangat.
saya tertido lepas solat isyak.
saya hanya sedar pg tadi.
heehehhe.
ada kelas.
jam 5 petang baru balik.
nasik tu dah basi.
alhamdulillah.
monyet2 ni datang.
dah lama x datang.
saya letak jelah kt bumbung tingkap ni 
(bilik saya aras dua..bumbung lorong penyambung ngan blok sebelah)
tapi saya tutup tingkap cepat2.
takut.
ehehehehhe.
sekarang.
nasik tu dah abes.
ayam pon licin.
xpelah.
sekurang2 nya saya tak terkilan sangat saya
beli makanan.
tapi x makan.
uhhuhuuhhuhuu.

Monday, March 15, 2010

tiada kata

tiada kata yang mampu diungkap.
saat teman itu berkata sedemikian.

tiada kata mampu diucap.
saat teman melontarkan kata itu.

tiada kata mampu ditutur.
saat tuduhan itu dilemparkan.

oh tuhan!
bunga keceriaan baru mekar di hati.
kenapa gugur tanpa tanda?

teman.
maaf andai ada kekhilafan yang diri ini tidak sedar.
maaf! maaf! maaf!

mengharap dan terus mengharap

saya terus mengharap.
saya terus kuat.
menghadapi dugaan.
dan terus mengharap.

saya terus mengharap.
agar diberi kekuatan.
menghadapi rintangan.
dan terus mengharap.

saya terus mengharap.
agar diberi ketabahan.
untuk meneruskan kehidupan.
dan terus mengharap.

oh tuhan!

saya hampir tersungkur.
saat saya sendiri.
tiada siapa di sisi.
saya kuatkan hati.
untuk bangkit kembali.

oh hati!

saya hampir kecundang.
saat kenangan terbang melayang.
saya masih terkenang.
kisah cinta yang takkan pernah hilang.

oh cinta!

moga kan bersemi kembali.
walaupun berbeza realiti.
tapi yang sama itu sudah pasti.
sayang tak pernah mati.
dari dulu hingga kini.
kan abadi hingga akhir nanti.

**ilham hati~~~15 mac 2010~~~saat saya sakit kepala menyiapkan esaimen. wuwuwuwuwuwwuwuwu**

Sunday, March 14, 2010

work hard

kajian manuskrip melayu (pengeditan teks)+ drama melayu (esei, resensi, laporan) + filem melayu + budaya popular + KoKe + sastera islam (kelas ganti, ahad, 1pm till 6 pm) + metodologi penyelidikan (siapkan proposal~~papa @ dr. shaiful mahu tengok ari isnin)

p/s : papa (panggilan mesra student2 persuratan melayu terhadap lecturer2 mereka.. kikikikiki)

p/s : saya tulis sebab saya ngah tak tersusun. serabut. semua nak buat., last2 x buat. heheehehehe.

p/s : saya janji pada hati. 14 mac 2010. hari baru saya.tak mahu peduli apa yang sudah terjadi.
positif selalu. tak perlu mereka yang sebegitu. ALLAH sentiasa bersama saya.

(^_^)

Wednesday, March 10, 2010


saya merindui mereka.
keluarga angkat di sarawak.
moga dapat bertemu kembali.
azrul, rehan, dayah, qilah, mak, ayah n kak long
13 februari 2010
jalan2 di bandar kuching
(^_^)

k.o.s.o.n.g

malas nak cakap banyak2.
duduk diam2.
hanya jemari yang lincah bekerja.
saya tak peduli.
kalau saya begini sampai akhir nanti.

Monday, March 8, 2010

tika ini.
hati menangis.
sayu. pilu.
entah bila ceria kan bertamu
saya bisikkan pada hati.
KUATLAH. JANGAN MENGALAH..
ya. saya takkan mengalah.
cuma pada mereka.
saya berserah kepada ALLAH.
saya tak mahu berbalah.

sakit kepala.
entah kenapa.
tak tahu punca.
huk3x.

Thursday, March 4, 2010

tinta hati

moga segala kerja dapat disiapkan seberapa segera.
(^_^)