CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

blink blink

Wednesday, March 17, 2010

buku yang mahu dimiliki tika ini


sumber - http://tokobuku.fotopages.com/?entry=1946723

Nasr Hamid Abu Zaid telah dipaksa meninggalkan Universiti Kaherah kerana dianggap tersesat. Jenayahnya? Nasr menyebut dalam tulisannya bahawa sejarah dan budaya harus diambil kira dalam mentafsirkan Quran. Selain itu, Nasr juga menghujahkan bahawa dalam pentafsiran Quran, ayat-ayat kitab suci in harus difahami secara tamsilan (metafora) dan bukan secara kaku dan hurufiah.

Pada Jun 1995, Mahkamah Rayuan Kaherah menjatuhkan hukum “bahawa tulisan-tulisan Abu Zaid di dalamnya, dan dengan sendirinya, membuktikan beliau sebagai seorang murtad.” Golongan Islamis mengancam nyawanya. Dia tidak lagi dapat mengajar. Para pengawal, lengkap dengan machine gun, berkawal sekeliling rumahnya. Para peguam Islamis cuba memisahkan Nasr dari isterinya, Dr Ebtehal Younes, juga seorang professor di Universiti Kaherah, bersandarkan alasan bahawa seorang wanita Muslim tidak boleh berkahwin dengan non-Muslim. Nasr, justeru telah diisytiharkan sebagai murtad, tidak lagi boleh dikira sebagai seorang Muslim. Urutan dari itu, kedua-dua mereka lari ke Belanda, dan sejak itu Nasr mengajar bahasa Arab dan Pengajian Islam id Universiti Leiden.

Dengan terbitnya buku ini, dunia berpeluang mendengar cerita dari yang empunya badan, Nasr Hamid, yang telah terlibat dalam salah satu kontroversi paling rebut di abad ke-20. Selain penjelasan tentang kontroversi berkenaan, menerusi buku ini Nasr juga mencatatkan renungannya tentang Islam yang digeluti dan dialaminya sejak kecil.

Book Detail:
ISBN :
978-983-39121-5-5 | RM 25*

Author: Nasr Hamid Abu Zaid
Publisher: Middle-Eastern Graduates Centre Sdn Bhd
Year: 2009
Pages: 326 

saat membaca resensi buku ini do kosmo 16 mac 2010.
hati sudah tertarik.
ada sesuatu tentang buku ini yang mengikat jiwa.
moga ada rezeki.
dapat memiliki buku ini.
atau ada sesiapa yang sudi menghadiahkan kepada rehan?
eheheheehhe.
(^_^) 

 

0 comments: